16 Jul 2011

Tunggu !!!, jangan tinggal daku________

" Setiap hari datang mengunjungi kita sebagai seorang sahabat setia membawa hadiah-hadiah berharga. Jika hadiah tersebut tidak terima, maka dia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Tiap-tiap pagi ia datang dengan membawa hadiah baru, tetapi jika kelmarin hadiah-hadiah itu tidak kita terima, lama kelamaan kita tidak akan menikmati lazatnya hadiah tersebut "

" Seperti halnya kain sutera, maka waktu lebih berharga daripadanya. Jika kita ingin berjaya dalam setiap pertempuran hendaklah kita menghargai waktu "

" Satu-satunya yang paling hargai dalam kehidupan adalah waktu. Sekiranya waktu boleh dibeli maka kita akan membelinya setiap hari "

Begitulah pentingnya masa kepada orang-orang yang berjaya dalam bidangnya masing-masing. Justeru, adalah dengan itu jika kita hendak berjaya sebagaimana mereka, jangan lupa untuk memasukkan masa dalam perancangan kita !
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih



1 Jul 2011

Takrif Kejayaan .....

Apakah kejayaan kepada kita ?
Adakah kekayaan merupakan suatu kejayaan pada kita ?
Atau kejayaan adalah merupakan suatu kekayaan pada kita ?

Dalam kehidupan pada hari ini terdapat orang yang menyatakan segala-galanya kini memerlukan duit tetapi adakah kita sedar bahawa duit bukanlah segala-galanya.

Dalam mengejar dan mencipta kejayaan, di samping kita mengejar dan mencipta kejayaan yang hebat dan duit yang banyak, jangan lupa kejayaan kerohanian kita, kelurga kita, kehidupan sosial kita yang positif, kesihatan kita yang mantap, emosi yang terkawal dan mental yang produktif dan sebagainya.

KELALAIAN DALAM SALAH SATU YANG DINYATAKAN, BOLEH MENGGANGU TITIK KESEIMBANGAN HIDUP KITA SEHARIAN

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

6 Jun 2011

KITA_____ adalah Pemimpin

Apabila disebut ' tanggungjawab ' ianya melibatkan pemimpin, siapa sebenarnya pemimpin ? ...

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud  :  " Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya. Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan terhadap anak-anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Ingatlah, semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya. " - (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rumusan daripada maksud hadis itu, adalah, jika kita tidak terpilih oleh pihak tertentu untuk jadi pemimpin, maka sedarlah bahawa kita sememangnya adalah telah menjadi pemimpin dan bertangungjawab keatasnya walaupun kita seorang hamba sahaya sahaja. Menyedari hakikat ini, jadi tidak perlulah melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak baik dan menyalahi hukum dan undang-undang untuk menjadi pemimpin.

TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PEMIMPIN DENGAN CARA YANG TERBAIK KERANA KITA AKAN DITANYA KELAH DI AKHIRAT HAL KEPIMPINAN KITA DI DUNIA INI.

Bimbanglah jika kita tidak menunaikan amanah kepimpinan sekarang, bukannya terlalu bimbang tidak terpilih menjadi pemimpin.

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...