20 Feb 2011

Kita mempunyai keupayaan .....

Kita mempunyai keupayaan semula jadi, iaitu ;
keupayaan untuk melambangkan,
keupayaan untuk berfikir secara teliti,
keupayaan untuk merancang masa depan,
keupayaan untuk mengatur diri sendiri,
keupayaan untuk membuat refleksi diri sendiri.

SEMUA keupayaan ini adalah alat untuk berjaya dan jika ia digunakan, segala potensi yang ada pada diri kita akan terselah.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

18 Feb 2011

Giliran kita masih tertangguh .....

Pastikah bila kita akan mati ?
Di mana dan bagaimana bentuk kematian kita nanti ?

Berapa ramai anak-anak muda,
yang sedang berhibur, bersuka ria dan bersenang lenang pagi dan petang,
sedangkan kain-kain kafannya dah mula disedia dan mula dikoyak orang,
tetapi dia tidak tahu .....

Berapa ramai ibu-ibu yang sedang mengandong,
dan berapa ramai anak-anak kechil yang diharapkan lahir
menjadi orang yang hebat dan berjaya,
tetapi mati sejurus selepas dilahirkan .....

Berapa ramail gadis-gadis yang dihias indah,
berapa ramai jejaka-jejaka berpakaian raja sehari,
pada malam pengantinnya,
rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang,
untuk menguruskan jenazahnya.

Dan berapa ramai lagi dikalangan kita,
yang sedang asyik dan leka dengan kembara penghidupan,
yang tiada sebarang tanda-tanda tentang kematian,
tetapi telah diberitakan, baru saja meninggal dunia.

Itulah hakikat kematian,
Marilah saya dan kita semua,
janganlah saya dan kita semua berada dalam suasana mungkar dan maksiat, kerana dikhuatirkan pada waktu itulah malaikat maut menjemput kita.

JANGAN tertipu dengan hasutan syaitan dan manusia sendiri yang menyatakan dengan alasan :
" Ah, usia masih muda, bersuka-rialah dahulu ........ enjoy "
" Engkau ni sihat, rajin bersenan, berdiet, hidup senang makanan pun kerkhasiat ....... mesti tak ada penyakit kronik. "
" Kalau ingat mati saja, macam mana kita nak berjaya ?"
" Mati ? ya, tapi bukan sekarang, lambat lagi !"
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

17 Feb 2011

Peringatan untuk diri sendiri

" Janganlah kita marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kita kehendaki JIKA KITA SENDIRI TIDAK BERUBAH seperti yang kita kehendaki. "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

16 Feb 2011

Setiap kita .....

Setiap kita mempunyai kesempatan untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik walaupun berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran. Kesempatan itu telah tersedia untuk diambil, hanya terserah kepada kita sama ada kita mengambilnya ataupun tidak.

Kita merupakan ejen perubahan. Untuk melangkah kehadapan, kita harus mengubah pemikiran yang pasif, lesu dan jumud menjadi pemikiran yang aktif, proaktif dan reaktif. Tiada perubahan luaran yang kelihatan, jika tiada perubahan dalaman dilakukan terlebih dahulu.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

12 Feb 2011

Kita memilikinya ...... namun !

  • Kita memiliki keupayaan, namun, keupayaan itu mungkin tidak diketahui dan dijana.
  • Kita mempunyai motivasi, namun, motivasi itu barangkali pasang surut sehingga kita tidak mendapat kepuasan untuk menggunakan seluruh potensi kita dan tidak dapat bertindak dengan tabah dan gagah.
  • Kita mempunyai sikap, namun, barangkali kita kekurangan sikap-sikap yang berdaya maju.
Kita perlu belajar menggunakan potensi kita, kita perlu belajar untuk menggunakan alat dan bakat yang ada pada diri sejak kita dibentuk dalam kandungan ibu lagi, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuat hidup kita lebih berjaya dan gembira semampu yang kita boleh. 

Tahukah kita bahawa kita tidak perlu meminta kebenaran ;
untuk berjaya ?
untuk menggunakan bakat dan sumber dalaman yang ada pada kita ?

Kita telah berada di muka bumi ini. ALLAH mengizinkan dan membenarkan kita lahir ke dunia adalah dengan tujuan. Itulah kebenaran yang paling mustahak yang perlu kita gunakan. Itulah kesempatan yang ada pada kita dan kesempatan itu perlu kita gunakan sebaik yang mungkin untuk mencapai tujuan yang sebenar.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

10 Feb 2011

Masalah kita ......... berbeza-beza

Kita sebagai insan di muka bumi ini mempunyai masalah yang berbeza-beza tidak kiralah siapa kita dan cara mengatasinya terpulanglah kepada diri kita sendiri. Kita tidak berdaya menghalang kehendak Tuhan dan kita juga tidak dapat menentukan apa juga yang akan terjadi dalam kehidupan kita pada masa hadapan.

Kita hanya boleh berusaha sedaya upaya dengan pengharapan Allah S.W.T memakbulkan doa serta memberkati apa yang kita usahakan. Setelah mendapat ketentuan daripada Allah S.W.T sama ada baik ataupun penderitaan, kita hanya boleh menganalisis perkara yang berlaku itu, membuat andaian, mencari jawapan serta mengambil pengajaran daripadanya. Begitupun ada juga ketikanya jawapan tersebut tidak dapat ditemui kerana hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui akan sebab nusabab kenapa sesuatu keadaan itu terjadi.

Ada kalanya setelah kita usaha dengan berdoa dan berikhtiar untuk mengeluarkan diri daripada sesuatu permasalahan tetapi kita masih lagi tidak berupaya untuk berbuat demikian. Maka kita mungkin memerlukan pihak ketiga yang tahu akan bagaimana cara yang terbaik untuk menangani sesuatu masalah yang kita hadapi.

Tidak semua masalah itu dapat diatasi dengan akal fikiran dan menggunakan kaedah jasmaniah. Ini kerana terdapat banyak perkara yang tersirat di muka bumi ini. Ada banyak rahsia di langit dan di bumi ini yang tidak kita ketahui. Ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar tetapi ianya wujud. Kalau kita lihat kitab Al-Quran juga memperlihatkan sesuatu yang tersurat dan yang tersirat.

Pertolongan pihak ketiga yang mengetahui kaedah alternatif boleh kita cari dan gunakannya sebagai salah satu lagi ikhtiar bagi tujuan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah itu.

Saya percaya untuk melakukan perubahan ia haruslah bermula dari hati kita sendiri. Seandainya pintu hati kita tertutup, memaksalah diri untuk membuka sedikit pintu hati kita dan saya percaya sekiranya sedikit cahaya dapat masuk maka lambat-laun cahaya yang bersifat Nuur itu bakal menjadi terang dengan keizinan Allah S.W.T

Memaksalah sebelum TERPAKSA
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

9 Feb 2011

Menyahut cabaran dan peluang ......

Kita memang hidup di dunia yang penuh cabaran dan peluang yang menanti kita untuk diambilnya.
Kita sering lupa bahawa kita sebenarnya diperlengkapkan untuk menyahut segala cabaran tersebut. 
Kita mudah melepaskan peluang yang ada pada kita. Setiap kita perlu membuat keputusan untuk mengambil peluang dan melalui cabaran yang terbentang. 

Adakah kita menyerahkan nasib hidup kita kepada orang lain ? atau 
adakah kita sendiri yang menentukannya ?. 

Jika kita menyerahkan nasib hidup kita kepada orang lain bermaknan kita secara sedar dan sengaja membiarkan kuasa dalaman diri kita dijajah dan dicuri orang. Kita secara sengaja meranapkan kuasa kita untuk memilih.

Bukankah kuasa terbesar yang dimiliki oleh kita itu adalah kuasa untuk memilih nasib sendiri serta keluarga ?. Dalam kehidupan manusia, tiada kuasa yang boleh merampas kuasa dalaman kita tanpa izin kita. Jika kita tidak menyahut cabaran dalam kehidupan kita.

Kita merelakan diri kita berada di bawah kemelaratan berterusan. Kita secara sedar menjadikan diri kita sengsara, melarat, menderita dan tidak mahu berkembang maju. Setiap keputusan dan tindakan yang kita ambil ada harga yang perlu dibayar. Jangan letakkan diri kita " low class "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

7 Feb 2011

Kehidupan ini terlalu pendek

Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita bergelumang dengan pelbagai masalah. Kalau kita berjumpa dengan orang yang berumur 50 tahun, dia akan menyatakan yang masa hidup ini terlalu cepat berlalu. Dia pasti akan menyatakan yang dia masih ingat lagi semasa umurnya 20 tahun dan betapa cepatnya masa berlalu.

50 tahun bukanlah masa yang lama, apa yang penting adalah untuk kita menghargai setiap waktu yang datang dalam kehidupan ini dengan sebaiknya supaya setiap waktu itu membawa makna.

Tidak perlu kita kesali apa yang telah berlalu kerana apa yang sudah berlalu telah menjadi kenangan dan sejarah silam hidup kita. Kita boleh mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku dan menyarankan kepada yang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita agar mereka tidak terjebak dengan kesilapan yang sama.

Kita semua harus percaya sekiranya masa boleh berpusing kembali kita pasti akan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza untuk mencapai kejayaan, tetapi inilah hakikat kehidupan, masa akan terus-terusan bergerak meninggalkan kita.
Kehidupan harus diteruskan selagi belum tiba ajal.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

1 Feb 2011

Syaitan kurus & syaitan gemuk

Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang sedang berbincang. Secara fizikal, dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang nyata, syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan melihat keadaan sahabatnya yang menyedihkan, lalu bertanyalah kepada syaitan kurus itu,

sahabat, mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor ?
jawab syaitan kurus, " aku tidak dapat makan dan minum, tidu ku juga tidak nenyak. Para penghuni rumah selalu ingat kepada Allah. Ketika makan, mereka membaca doa. Ketika masuk ke dalam rumah, mereka mengucap salam. Begitu juga ketika tidor, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rimah dan tidak dapat berehat. "

Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini ? tanya syaitan kurus...
jawab syaitan gemuk, " Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyenyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah, " kata syaitan gemuk.

Jangan salahkan syaitan, salahlah pada diri sendiri
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...