27 Aug 2011

Persediaan _____

Contoh cerita  :  Saya diundang menghadari satu majlis Jasamu Dikenang. Majlis itu diadakan untuk meraikan rakan yang berpindah betugas di tempat lain. Majlis tersebut diadakan di sebuah hotel pada pukul 8.00 malam dan wajib dihadiri. Walaupun tempoh persiapan dan persediaan agak suntuk selepas pulang dari pejabat, namun saya menetapkan matlamat dalam fikiran agar saya sampai lebih awal atau tepat pada masanya sebelum majlis itu bermula.

Waktu itu sudah maghrib, saya memandu kereta dengan berhati-hati kerana tahu bahawa kemalangan tidak berbau, saya mengambil jalan pintas bagi mengurangkan masa perjalanan. Ketika sampai di satu persimpangan, perkara yang tidak ingin saya alami berlaku, saya terlibat dalam satu kemalangan kecil jalan raya. Saya tidak pasti sama ada saya cuai atau tidak. Kemalangan itu berlaku pada waktu senja yang menghampiri malam. Kegelapan sudah mengambil tempatnya. Saya mengaku bersalah dan bertanggungjawab terhadap kemalangan itu.

Moral di sebalik cerita  :  Kemalangan itu menghantar beberapa mesej yang amat jelas :
  1. Disedari atau tidak, kecuaian ada kalanya berlaku pada masa tertentu yang tidak diduga kerana desakan waktu.
  2. Emosi yang kurang tenteram ada kalanya menghakis sedikit demi sedikit segala tumpuan pemanduan. Bahayanya, apabila minda, emosi dan mata tidak bersatu untuk mengekalkan tangan dan kaki berfungsi pada keadaan normal.
  3. Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa. Ada bahayanya apabila kita mengejar masa bagi majlis tertentu, tetapi tidak punya masa untuk membuat persediaan yang secukupnya
" MASA yang mencukupi amat penting untuk segala perkara "
............................................................................................
" Perkara yang amat menyeronokkan dan menggembirakan dalam hidup adalah melakukan apa yang orang lain katakan yang kita tidak dapat melakukannya " - Walter Bagehot

" Kita adalah apa yang kita lakukan berulang-ulang kali. Maka, keunggulan bukanlah perbuatan, tetapi satu kebiasaan. " - Aristotle

6 Aug 2011

Manusia : Memang_Mahu_Kadangkala ....

  • Manusia sentiasa tidak yakin, oleh itu BERILAH mereka keyakinan
  • Manusia mahu berasa diri mereka istimewa, oleh itu PUJILAH mereka dengan ikhlas
  • Manusia mahu diri mereka difahami, oleh itu DENGARLAH cerita mereka
  • Manusia memang mementingkan diri sendiri, oleh itu PENUHILAH keperluan mereka dahulu
  • Manusia kadangkala beremosi, oleh itu PUPUKLAH semangat mereka
  • Manusia mahu dikaitkan dengan kejayaan, oleh itu BANTULAH mereka menang
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...