6 Sep 2011

Sayalah Bos ......

Bukankah ramai dikalangan kita yang mahu MENJADI BOS

" sayalah bos, " kata Si Otak, " saya yang berfikir, saya yang menyelesaikan masalah. Jadi, sayalah bos, ", beritahunya bangga kerana sumbangan besarnya bukan sahaja kepada nanggota tubuh sendiri, tetapi juga kepada orang lain.

Mendengar pengakuan Si Otak itu menimbulkan bantahan daripada yang lain. Si Mata membantah, ia tahu peranan dan sumbangannya lebih besar daripada yang lain. Tidak mungkin Si Otak senang-senang mengaku dirinya sebagai bos. " Bukan. Kau bukan bos. Kau salah besar jika menganggap diri kau sebagai ketua. Sayalah bos yang sebenar, " kata si Mata. Si Mata menyambung alasannya, " kalau mata tidak ada, kita semua tidak boleh melihat serta nampak. Kita semua tidak dapat membuat kerja dengan mudah. Hidup kita akan sengsara jika tiada Si Mata. Dengan mata kita melihat terang, tiada Si Mata gelaplah hidup kita seumur hidup. Jadi, sayalah bos, " kata Si Mata, menegaskan pendiriannya.

Walaupun alasan Si Mata itu benar, tetapi tidak dapat diterima oelh yang lain .....

Tiba-tiba Si Tangan mengangkat tangannya tinggi-tinggi lalu berkata, " Kamu semua bukan bos, sayalah bos yang sebenar, " kata Si Tangan. " Kalau bukan saya, tidak ada kerja boleh dibuat, " kata Si Tangan bersemanggat.

" Kamu semua salah. Sayalah bos, " kata Si Kaki. " Kalau bukan saya yang berjalan, kamu semua tidak dapat bergerak, " kata Si Kaki lagi.

" Jangan ingat kamu anggap diri kamu ketua kerana sumbangan kamu itu. Jika benar kamu ada sumbangan, saya lagi banyak sumbangan, " kata Si Mulut, Semua diam. Si Otak, Si Tangan dan Si Kaki  yangmasing-masing dengan pendiriannya untuk menjadi ketua. " Jika saya tidak ada, kamu semua tidak boleh hidup. Kerana saya, kamu semua boleh makan. Kerana saya bercakap, kamu boleh berfungsi. Kerana sayalah kerja jadi ringan serta mudah. Jadi, sayalah yang jadi ketua. Sayalah bos, " kata Si Mulut.

" Jangan cakap besarlah Si Mulut ! walaupun saya kecil, tapi jika saya tiada, kamu semua tiada erti. Kamu semua tidak dapat dengar. Kamu tidak dapat membuat kerja dengan sempurna. Jangan sombong. Kerana saya adalah. maka hidup kamu jadi indah. Jadi sayalah bos, " kata Si Telinga.

Pertelingkahan semakin menjadi, masing-masing menyatakan, sayalah bos, tiada siapa yang mengaku kalah kerana masing-masing berdiri di atas pendirian. Suasana menjadi bising dan tegang. Beberapa lama kemudian, mereka terpaksa berhenti berkata-kata dan masing-masing bermuhasabah ....

Di tengah-tengah suasana yang bisu itu ada kedengaran suara dari bawah, " Sayalah sebenarnya bos, " kata Si Lubang Dubur. Si Otak, Si Mata, Si Kaki, Si Mulut, Si Tangan dan Si Telinga terkejut. Hampir serentak mereka berkata, " Kau bos ? " kata mereka sambil ketawa.

" Kau pengotor, " kata Si Otak, " Kau bukan bos. Tak layak pun berangan-rangan jadi bos. Kau bukan bos, " kata Si Otak lagi dengan tegas.

" Kau tidak boleh jadi bos. Kau tetap di bawah, " sampuk Si Tangan.

" Orang bawah tidak boleh jadi bos, " kata Si Mata

" Walaupun sekali-sekala yang bawah itu seronak, tetapi, kau tak layak jadi bos, " kata Si Kaki berseloroh, sambil disambut tawa oleh semua.

Si Lubang Dubur berkata dengan serius, " kalau saya kata bos, boslah. Baik, kalau kamu semua tidak percaya, bayangkan kalau saya tidak tunaikan hajat kamu .... " kata Si Lubang Dubur. " Mulai hari ini, saya akan tutup lubang saya selama tiga hari, saya tidak mahu buat kerja. Apa akan jadi ? " kata Si Lubang Dubur.

Semua anggota tubuh itu tercengang dan tidak dapat berkata-kata ..... cerita berhenti setakat ini ....

Apakah moral cerita ini ........... Dalam diri kita ada anggota tubuh yang memainkanfungsi yang berbeza, tetapi saling melengkapi. Setiap satunya mempunyai tugas dan peranan serta kekuatan. Kita akan menjadi lebih kuat jika kesemua anggota tubuh itu bersatu untuk melakukan tindakan ke arah pencapaian matlamat ke arah perubahan diri yang berkualiti.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

3 Sep 2011

MASA - Sebagai Sumber Pelaburan

  • Sentiasalah berfikiran positif
  • Berdisiplin dan sayangilah pada diri sendiri
  • Daripada termenung kosong,lebih baik kita berfikir dan berzikir
  • Daripada tidak berbuat apa-apa semasa menunggu, lebih baik kita membaca bagi menambah ilmu pengetahuan
  • Semasa bersendirian, fikirlah tentang diri sendiri : tambah yang kurang, buang yang tidak sempurna, bahagi-bahagikan dan teruskan dengan kebaikan
  • Tangan yang duduk diam lebih baik digunakan untuk menaip, menulis, melukis dan kerja tangan 
  • Daripada membuag masa dengan bercerita tentang perkara yang sia-sia, lebih baik mengisinya dengan cerita dan pengisian lain yang membina
  • Daripada berdiam diri ketika makan bersama keluarga, lebih baik kita berbincang atau menyampaikan maklumat bagi merapatkan hubungan
  • Daripada membiarkan ruang yang kosong, lebih baik kita membaca atau memikirkan disebalik kejadian
  • Daripada bermain game dan melayari sesawang yang tidak bermenafaat, lebih baik melayarinya dengan tujuan mencari ilmu pengetahuan
  • Setiap masa yang ada, penuhilah dengan ganjaran pahla dan kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

27 Aug 2011

Persediaan _____

Contoh cerita  :  Saya diundang menghadari satu majlis Jasamu Dikenang. Majlis itu diadakan untuk meraikan rakan yang berpindah betugas di tempat lain. Majlis tersebut diadakan di sebuah hotel pada pukul 8.00 malam dan wajib dihadiri. Walaupun tempoh persiapan dan persediaan agak suntuk selepas pulang dari pejabat, namun saya menetapkan matlamat dalam fikiran agar saya sampai lebih awal atau tepat pada masanya sebelum majlis itu bermula.

Waktu itu sudah maghrib, saya memandu kereta dengan berhati-hati kerana tahu bahawa kemalangan tidak berbau, saya mengambil jalan pintas bagi mengurangkan masa perjalanan. Ketika sampai di satu persimpangan, perkara yang tidak ingin saya alami berlaku, saya terlibat dalam satu kemalangan kecil jalan raya. Saya tidak pasti sama ada saya cuai atau tidak. Kemalangan itu berlaku pada waktu senja yang menghampiri malam. Kegelapan sudah mengambil tempatnya. Saya mengaku bersalah dan bertanggungjawab terhadap kemalangan itu.

Moral di sebalik cerita  :  Kemalangan itu menghantar beberapa mesej yang amat jelas :
  1. Disedari atau tidak, kecuaian ada kalanya berlaku pada masa tertentu yang tidak diduga kerana desakan waktu.
  2. Emosi yang kurang tenteram ada kalanya menghakis sedikit demi sedikit segala tumpuan pemanduan. Bahayanya, apabila minda, emosi dan mata tidak bersatu untuk mengekalkan tangan dan kaki berfungsi pada keadaan normal.
  3. Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa. Ada bahayanya apabila kita mengejar masa bagi majlis tertentu, tetapi tidak punya masa untuk membuat persediaan yang secukupnya
" MASA yang mencukupi amat penting untuk segala perkara "
............................................................................................
" Perkara yang amat menyeronokkan dan menggembirakan dalam hidup adalah melakukan apa yang orang lain katakan yang kita tidak dapat melakukannya " - Walter Bagehot

" Kita adalah apa yang kita lakukan berulang-ulang kali. Maka, keunggulan bukanlah perbuatan, tetapi satu kebiasaan. " - Aristotle
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...