Showing posts with label Penghidupan. Show all posts
Showing posts with label Penghidupan. Show all posts

28 Jul 2011

Siapa yang menentukan nilai masa ?

Yang menentukan sama ada masa itu bernilai atau tidak sebenarnya adalah kita sendiri. Hal ini membawa kita kepada satu rumusan bahawa bukan berapa banyak masa yang kita ada, tetapi berapa banyak masa yang kita gunakan. Rahsia pengurusan masa adalah kebiasaan memutuskan apa yang produktif dengan apa yang tidak produktif dan bertindak melakukan apa kerja yang produktif terlebih dahulu.
.....................................................................................
" Jika engkau mahu berjaya, gunakan masa dengan produktif. Masa adalah sumber yang paling bernilai. Kita boleh menukar masa dengan pahla, kebahagian, barangan dan wang. "

3 Mar 2011

Sakit vs sihat ....


Sakit vs Sihat ...... Munajat

Apakah dosaku kau biarkan aku terlantar sakit begini ?, Tidak puas aku nikmati zaman manis remajaku! Aku ingin hidup sihat seperti orang lain. Aku rindu untuk hidup berkeluarga, punya isteri, punya anak. Kasihanilah aku, ya Allah!

Allah tak leka dari mendengar rintihan hambaNya. Allah terlalu dekat padamu. Allah hanya menguji kesabaran hambaNya adakah ia redha dengan takdirNya.
Adakah ia semakin mendekat atau semakin menjauhkan diri pada penciptaNya.

Tapi sampai bila ?, Lepaskanlah aku dari kesakitan ini. Aku lemah dan tidak berdaya lagi melawan takdirMu, kerana itu aku merayu-rayu dan merintih-rintih padaMu!

Ya, berikhtiarlah dan berdoalah terus dengan merendah diri. Merayulah dan mengadulah segala kesulitan mu pada Dia Yang Maha Mengetahui. Merayulah terus sampai kau terima bahawa apa yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik buatmu.

Kasihanilah aku, ya Allah, aku berjanji padaMu, sekiranya aku sihat aku akan menjadi hambaMu yang taat!

Manusia memang suka berjanji akan kembali taat bila sudah terhimpit. Dia merintih, merayu-rayu minta di kasihani. Tetapi bila Allah beri dia nikmat sihat dia kembali mungkir, lupa kembali kepada TuhanNya.

Yakinilah bahawa Allah akan menghapuskan dosa dan memberi pahala kepada hambaNya yang sabar dan redha atas penderitaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, kita hanya hambaNya yang lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Allah dengan redha sebagai sahutan dari doamu....

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih


20 Feb 2011

Kita mempunyai keupayaan .....

Kita mempunyai keupayaan semula jadi, iaitu ;
keupayaan untuk melambangkan,
keupayaan untuk berfikir secara teliti,
keupayaan untuk merancang masa depan,
keupayaan untuk mengatur diri sendiri,
keupayaan untuk membuat refleksi diri sendiri.

SEMUA keupayaan ini adalah alat untuk berjaya dan jika ia digunakan, segala potensi yang ada pada diri kita akan terselah.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

7 Feb 2011

Kehidupan ini terlalu pendek

Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita bergelumang dengan pelbagai masalah. Kalau kita berjumpa dengan orang yang berumur 50 tahun, dia akan menyatakan yang masa hidup ini terlalu cepat berlalu. Dia pasti akan menyatakan yang dia masih ingat lagi semasa umurnya 20 tahun dan betapa cepatnya masa berlalu.

50 tahun bukanlah masa yang lama, apa yang penting adalah untuk kita menghargai setiap waktu yang datang dalam kehidupan ini dengan sebaiknya supaya setiap waktu itu membawa makna.

Tidak perlu kita kesali apa yang telah berlalu kerana apa yang sudah berlalu telah menjadi kenangan dan sejarah silam hidup kita. Kita boleh mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku dan menyarankan kepada yang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita agar mereka tidak terjebak dengan kesilapan yang sama.

Kita semua harus percaya sekiranya masa boleh berpusing kembali kita pasti akan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza untuk mencapai kejayaan, tetapi inilah hakikat kehidupan, masa akan terus-terusan bergerak meninggalkan kita.
Kehidupan harus diteruskan selagi belum tiba ajal.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

1 Feb 2011

Syaitan kurus & syaitan gemuk

Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang sedang berbincang. Secara fizikal, dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang nyata, syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan melihat keadaan sahabatnya yang menyedihkan, lalu bertanyalah kepada syaitan kurus itu,

sahabat, mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor ?
jawab syaitan kurus, " aku tidak dapat makan dan minum, tidu ku juga tidak nenyak. Para penghuni rumah selalu ingat kepada Allah. Ketika makan, mereka membaca doa. Ketika masuk ke dalam rumah, mereka mengucap salam. Begitu juga ketika tidor, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rimah dan tidak dapat berehat. "

Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini ? tanya syaitan kurus...
jawab syaitan gemuk, " Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyenyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah, " kata syaitan gemuk.

Jangan salahkan syaitan, salahlah pada diri sendiri
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

12 Jan 2011

R&R di sebuah lebuhraya ....

Setiap hari dan setiap ketika kita mempunyai perkara yang perlu dilaksanakan. Melaksanakan setiap perkara itu merupakan satu misi pada ketika itu dan mungkin juga menyempurnakan misi yang ada merupakan satu keperluan yang amat sangat bagi sesetengah orang pada waktu-waktu yang tertentu. Jika kita ringkaskan satu kronologi kehidupan yang ada di Malaysia ini ianya hampir serupa buat semua orang namun misinya nyata berbeza. Bangun sahaja dari tidur kita perlu ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan fardhu subuh. Setelah siap semuanya mungkin ada yang dapat bersarapan di rumah atau mungkin terus berlari ke tempat kerja.

Pergi ke tempat kerja merupakan satu misi tetapi perlaksanaannya cukup berbeza dan tempat menyempurnakan misi itu juga cukup berbeza. Ada yang terkejar-kejar menaiki pengangkutan awam ada juga yang terkejar-kejar tetapi dengan memandu laju. Ada yang tenang untuk sampai ke tempat kerja dan telahpun punya rancangan bagaimana untuk mentadbir harinya. Kita harus tahu bagaimana untuk mentadbir hari kita agar ianya memberi manfaat yang maksima dalam pulangan hasilnya. Tidak dinafikan juga kita telah mentadbir hari kita dengan penuh teratur tetapi pulangannya masih berada dalam kerugian.

Hari-hari yang ditadbir akan memberi impak yang besar pada hari-hari yang mendatang kerana setiap keputusan hari ini adalah satu sumbangan terhadap hari yang akan datang. Jika sumbangannya negatif maka dengan sendirinya kita harus melakukan sesuatu untuk mengurangkan kesan kerugian dan menokok tambah laba moga-moga terjamin masa hadapan. Setiap badan pentadbiran mempunyai visi dan misi. Visi merupakan objektif yang ingin dicapai manakala misi pula merupa penyataan tatacara perlaksanaannya dalam memanjat setiap anak tangga dalam menuju visi yang ditetapkan.

Sebagai manusia kita tahu bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara. Dunia ini boleh diibaratkan sebagai satu perhentian R&R di sebuah lebuhraya sebelum kita sampai ke destinasi yang dituju. Adakalanya kita berhenti untuk menghilangkan lelah, adakalanya kita berhenti kerana lapar dan dahaga dan ada juga yang berhenti untuk menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa.

Walau apapun ceritanya kita tetap berada dalam satu kawasan perhentian. Di situ ada segala-galanya yang dapat membuatkan kita lari dari tujuan berhenti tadi. Begitu juga sebuah kehidupan dunia ini. Dunia yang kita diami hari ini merupakan satu transit dalam satu perjalanan yang jauh serta banyak pula rintangannya. 
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

9 Jan 2011

Hakikat Hari Dan Usia

Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 

Carilah keberkatan dalam penghidupan,

  • 40 atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali tangisan.
  • 15 atau 20 tahun selepas itu kita seorang remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai.
  • Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak pengalaman pahit manis.
  • Akhirnya kita menjadi seorang tua yang sudah lemah anggota dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita, bahkan anak-anak kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti biasa.
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada yang kekal.
  • Paras yang handsome tak kekal lama, akhirnya berkedut.
  • Gigi yang penuh dan putih berseri lama-kelamaan mula rapuh dan rongak,
  • Rambut hitam yang segar kini menjadi putih dan lesu,
  • Deria telinga yang tajam mula berkurangan.
  • Tubuh yang tampan dah mula lemah dan berpenyakit.
Ingatlah amaran yang nampak dan tidak nampak Allah telah tiba dan sentiasa ada - bahawa kita akan meninggalkan dunia ini dan kita sedang menuju ke alam lain yang telah tersedia untuk kita .......... selama-lamanya

Masa muda ibarat masa menanam dan tua ialah masa untuk kita tuai hasilnya.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

3 Jan 2011

Ingatan lagi ... 03-01-2011

Sehingga ke hari ini dan seterusnya sehingga kita meninggal dunia, dalam kehidupan kita sebenarnya
ADA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB 
yang perlu kita pikul pada setiap masa, diantaranya ialah ;

Amanah dan tanggungjawab :
  • Hamba yang patuh pada perintah Allah dan meninggalkan larangan_Nya.
  • Anak yang taat dan berbakti pada kedua-dua ibu bapanya.
  • Suami yang memelihara kehormatan isterinya.
  • Isteri yang memelihara kehormatan suaminya.
  • Abang @ kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.
  • Bapa yang menjaga amanah, mendidik, memelihara dan membiayai anak-anaknya.
  • Seorang kawan yang menemani sahabat handalnya yang lain.
  • Pekerja yang menjalankan tugas yang diberikan oleh majikannya.
  • Jiran yang memikul tanggungjawab sebagai jiram.
  • Pemimpin yang adil, saksama dan berwibawa kepada pengikutnya.
  • Penasihat yang berilmu dan beramal terhadap apa yang dinasihatinya.
  • Mentor kepada yang lebih muda.
  • Bantuan, sedekah dan sumbangan kepada yang memerlukan.
  • Kepada diri kita sendiri.
  • Kepada agama, bangsa dan negara.
  • Lain-lain ..............
Kita mesti selalu menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan baik dan tabah setiap ketika disepanjang penghidupan. Amanah dan tanggungjawab ini bertukar ganti berdasarkan keadaan setiap masa.

Laksanakanlah amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya pada setiap ketika dan setiap keadaan kerana masalah mungkin akan timbul sekiranya kita tidak berbuat demikian.

sama-samalah kita berperanan
Janganlah pula kita samakan antara tugas dan tanggungjawab ini dengan bebenan.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

26 Dec 2010

Kejayaan adalah "Proses"

.... cari permulaannya

Harapan kita adalah sepanjang tahun yang penuh dengan kejayaan dan kemakmuran untuk kita semua, tidak kira dalam apa jua yang kita lakukan. Semoga keyakinandan kesabaran kita semakin kuat dalam mengharungi kehidupan , dengan hadirnya perasaan cinta yang ikhlas kepada ALLAH.

Bagaimana untuk mewujudkan rasa cinta kita kepada ALLAH, banyakkan komunikasi denganNYA , samada ketika kita gembira dan berduka. Bukan setakat berdoa, tetapi berkomunikasilah dalam apa jua keadaan. Ucapkanlah rasa syukur kepadaNYA dalam apa jua keadaan, samada senang mahupun susah.

Sekiranya ketika ini kita sudah berhempas pulas dan berusaha untuk berjaya, namun masih belum menampakkan hasil, fahamilah bahawa kita masih lagi belum gagal. Jangan mudah kecewa, jangan cepat putus asa, kerana kejayaan adalah satu proses. Kejayaan adalah satu pengembaraan bukan destinasi.

Kejayaan tidak seperti kita memasak makanan segera, segalanya segera.

Tetapi kejayaan adalah satu proses. Dari proses itulah, kita dapat belajar semua yang telah dilakukan untuk mencapai kejayaan yang kita impikan.

Kejayaan adalah sesuatu yang holistik dan mencakupi spiritual, mental dan emosi.
Ketiga-tiga elemen ini memainkan peranan yang amat penting untuk berjaya, kerana itulah kita memerlukan kekuatan mental ,emosi dan spiritual untuk berjaya.

Oleh itu harapan kita semoga kita sama-sama dapat mengkaji dan terus belajar bagi memantapkan ketiga-tiga kekuatan tersebut. Mempunyai kekuatan secara mental dan tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan mempunyai sepenuh keyakinan yang jitu hasil kekuatan spiritual yang kita miliki.

Yang pasti tanpa mempunyai kekuatan spiritual, agak sukar untuk kita mengawal emosi dan mempunyai kekuatan mental yang sebenar. Jadi perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah kembali kepada yang SATU. Itulah akar kejayaan kita yang utama, itulah sumber kekuatan kita. Itulah yang meneguhkan kesabaran kita dan itu jugalah yang menjadikan kita percaya terhadap kekuatan diri kita. Segalanya bermula kepercayaan dan keyakinan kita kepadaNYA. Itulah permulaan dan akar untuk kita terus berjaya. Segalanya adalah dengan izinNYA.

Kesusahan itu adalah rahmat, dan kesenangan itu adalah ujian

Jika ketika ini, kita berada dalam keadaan tekanan, emosi terganggu, dugaan dan cabaran datang melanda, maka kita perlu bersyukur atas apa yang berlaku. Ini kerana setiap cabaran , dugaan atau apa jua halangan yang datang , ianya akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH.

Apa pun yang terbaik dan paling baik, dekatkan diri kita kepada ALLAH dalam apa jua keadaan, samada dikala senang atau susah. Adakalanya kesusahan itu adalah rahmat, dan kesenangan itu adalah ujian. Jadi apa yang terbaik, dekatkan diri kita kepadaNYA dalam apa jua keadaan tidak kira senang atau susah.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

Mencari kepuasan ...

Selagi kita bernama manusia, kita sentiasa inginkan kepuasan. Selalunya kita tidak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. Kita hanya tahu mengejar kepuasan dengan apa yang kita belum tahu bagaimana natijahnya samada baik atau sebaliknya.

Adakalanya apabila terlalu sibuk inginkan kepuasan, kita terlupa apa yang kita cari dan inginkan sudah berada di dalam genggaman.

Lumrah alam, yang hidup susah, pasti inginkan kesenangan, yang sudah senang inginkan lebih kemewahan, pendek kata kita sebagai manusia tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.

Tidak salah sekiranya kita sentiasa ingin mengejar kepuasan. Tidak juga salah sekiranya kita ingin mengejar kemewahan asalkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki dan kepuasan yang dicari adalah dengan cara dan jalan yang betul.

Tidak salah untuk kita mengejar kekayaan atau kemewahan, yang salah apabila kita mencari kemewahan dan kekayaan dengan cara penipuan,mengadakan skim cepat kaya dengan niat untuk menipu bagi tujuan kemewahan dan kekayaan diri sendiri.

Tidak salah untuk kita berubah kearah kesenangan, setelah sekian lama kita berada dalam kesusahan, Tetapi berubahlah dengan cara yang betul, usaha yang betul ,bukan dengan berperasaan tamak dengan menginginkan kesenangan tanpa perlu berusaha.

Berjayakah kita tanpa usaha? Setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran, terpulang melalui cara yang kita inginkan. Tetapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sekiranya kita ingin yang terbaik, lakukanlah sesuatu dengan baik, bukan dengn cara yang salah untuk hasil yang baik. 

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

19 Dec 2010

Bila lagi nak tanya ?

Fikir & Renung..

Jadi hari ini kita berkongsi cerita dengan minda yang terbuka.
Luangkan masa selama 5 hingga 10 minit dalam kehidupan kita setiap hari.
1. Tanya diri kita, apakah perkara yang hebat yang pernah kita lakukan.
2. Tanya diri kita apakah perkara yang membuatkan kita bangga terhadap diri kita sendiri.

Renung kembali masa lampau kita,
1. Pernahkah kita melihat ibu kita tersenyum bangga diatas kejayaan kita.
2. Pernahkah kita melihat ibu kita menadah tangan tanda bersyukur diatas kejayaan yang kita miliki.

Bagaimana pula ketika ini.
1. Apakah perkara yang membuat kita tersenyum kerana kejayaan kita.
2. Apakah perkara yang membuatkan kita menadah tangan tanda kesyukuran.

Bagaimana pula dengan masa hadapan kita.
1. Apakah yang kita inginkan sebagai seorang ibu atau seorang bapa.
2. Adakah kita ingin memliki anak-anak yang setiasa berbangga dengan pencapaian kita sebagai ibu atau bapa mereka.
3. Atau kita inginkan seorang anak yang malu untuk mengaku kita sebagai ibu dan bapa mereka?

Fikirkan dan renungkanlah ... 
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

Anak seharusnya tahu semua ini

kadang2 ada banyak benda yang semua ayah2 tidak kongsikan

BAGAIMANA SUSAHNYA
nak membesarkan anak2

yang anak2 tahu.
sebahagian kemahuan harus dilunasi

MANA ADA AYAH2
yang sanggup membiarkan anak2 mencukakan diri.

SEDAYA SEMUA AKAN DILUNASI.
walaupun kadang2 permintaan diluar kemampuan.

SESEKALI MAHU SAHAJA DIKONGSIKAN
BEGINI SAHAJA.

 
anak2 ku.
sabarlah kehidupan ini tidak selalunya apa yang kita inginkan tercapai.
mungkin kadang2 nasib kita tak sama dengan nasib orang lain.

anak2 ku
ibu dan ayah, kadang sering memenangkan kalian dalam semua hal.
tapi pernah kah kalian tahu
kadang2 ibu dan ayah juga adalah manusia2 lain yang ada keperluan2 lain
yang kami tentunya tidak sama.

NIAT DAN KEINGINAN AYAH DAN IBU ADALAH SAMA
anak2 adalah amanah
anak2 adalah tanggujawab
tapi percayalah

SESEKALI FIKIRKAN
AYAH DAN IBU bukan tempat untuk menyempurnakan segalanya

UNTUK ITU
selagi ada kami.
LUNASKAN KEPERLUAN KAMI
menjadi anak2 yang soleh
menjadikan hidup kami
lebih baik dari hari ini dan seterusnya.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

Mencari Harta

Harta kekayaan datang daripada keringat manusia. Harta Qarun sekali pun terkumpul daripada hasil tenaga manusia. Menang loteri juga berpunca daripada duit manusia yang telah ditipu. Justeru semua harta kekayaan di duna ini hasil tenaga kerja manusia.

Sejarah dunia ini ialah sejarah manusia membuat pekerjaan. Tidak ada harta terpijak.

Tulang empat kerat dan otak manusialah yang melahirkan dunia yang kita lihat hari ini.
Semua kebaikan dalam dunia ini adalah hasil perbuatan manusia.
Semua kejahatan dan kerosakan alam ini juga hasil kerja tangan manusia.

Apabila manusia bekerja, dia melaburkan 3 perkara asas :
  1. tenaga
  2. masa
  3. fikiran
Tiga perkara inilah yang menjadi asas ekonomi. Dari Zaman Batu, ke Zaman Gangsa, ke Zaman Wap, ke Zaman Elektrik, ke Zaman Nuklear hingga ke Zaman Internet hari ini – yang menjadi asas ekonomi masih lagi tiga perkara ini.

Semua harta kekayaan – dalam apa sahaja bentuk - yang dimiliki oleh sesiapa pun tidak dapat tidak berpunca daripada tiga asas ini.

Pak Tani ke sawah, dia membanting tulang, menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkan padi dan beras. Dia menggunakan akal fikiran untuk mencari masa dan ketika yang baik untuk menyemai, mengubah, merumput dan menuai padi.

Pak Cik Felda bertungkus-lumus menanam sawit, membaja pokok, memotong buah dan mengumpul buah. Pak Cik Felda juga menggunakan akal fikiran tentang cara terbaik untuk membaja, memangkas pokok dan memilih buah.

Tiga pekara ini tidak akan lari sebagai asas ekonomi – masa, tenaga dan fikiran.
Bagaimana dengan bidang-bidang lain ? fikir-fikirkan lah .... jawapannya ada pada kita
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...