Showing posts with label Untuk Diri. Show all posts
Showing posts with label Untuk Diri. Show all posts

27 Aug 2011

Persediaan _____

Contoh cerita  :  Saya diundang menghadari satu majlis Jasamu Dikenang. Majlis itu diadakan untuk meraikan rakan yang berpindah betugas di tempat lain. Majlis tersebut diadakan di sebuah hotel pada pukul 8.00 malam dan wajib dihadiri. Walaupun tempoh persiapan dan persediaan agak suntuk selepas pulang dari pejabat, namun saya menetapkan matlamat dalam fikiran agar saya sampai lebih awal atau tepat pada masanya sebelum majlis itu bermula.

Waktu itu sudah maghrib, saya memandu kereta dengan berhati-hati kerana tahu bahawa kemalangan tidak berbau, saya mengambil jalan pintas bagi mengurangkan masa perjalanan. Ketika sampai di satu persimpangan, perkara yang tidak ingin saya alami berlaku, saya terlibat dalam satu kemalangan kecil jalan raya. Saya tidak pasti sama ada saya cuai atau tidak. Kemalangan itu berlaku pada waktu senja yang menghampiri malam. Kegelapan sudah mengambil tempatnya. Saya mengaku bersalah dan bertanggungjawab terhadap kemalangan itu.

Moral di sebalik cerita  :  Kemalangan itu menghantar beberapa mesej yang amat jelas :
  1. Disedari atau tidak, kecuaian ada kalanya berlaku pada masa tertentu yang tidak diduga kerana desakan waktu.
  2. Emosi yang kurang tenteram ada kalanya menghakis sedikit demi sedikit segala tumpuan pemanduan. Bahayanya, apabila minda, emosi dan mata tidak bersatu untuk mengekalkan tangan dan kaki berfungsi pada keadaan normal.
  3. Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa. Ada bahayanya apabila kita mengejar masa bagi majlis tertentu, tetapi tidak punya masa untuk membuat persediaan yang secukupnya
" MASA yang mencukupi amat penting untuk segala perkara "
............................................................................................
" Perkara yang amat menyeronokkan dan menggembirakan dalam hidup adalah melakukan apa yang orang lain katakan yang kita tidak dapat melakukannya " - Walter Bagehot

" Kita adalah apa yang kita lakukan berulang-ulang kali. Maka, keunggulan bukanlah perbuatan, tetapi satu kebiasaan. " - Aristotle

5 Mar 2011

Jika salah itu berbau .....

Demi Allah! Sekiranya kita dapati bagi orang yang berbuat maksiat itu berbau nescaya tiada seorang pun daripada mereka dapat duduk dekat kita kerana tersangat busuk baunya kita.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

1 Mar 2011

Mulut kita berkata ..........

Kita bercakap setiap masa. Kata-kata yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada kita. Jika kata-kata tidak mengikut adabnya, kita akan merana di dunia dan diakhirat.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berkata-kata sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan kata-kata yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM 
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 
2. Perhiasan tanpa berhias. 
3. Kehebatan tanpa kerajaan. 
4. Benteng tanpa pagar. 
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang. 
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah yg. bermaksud :
" Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklahsilapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescayaneraka lebih utama baginya ". (Riwayat ABU NAIM)

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam ".
(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

" Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya ".(Riwayat AT-TARMIZI)

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Berkata-kata yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'AmrR.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

18 Feb 2011

Giliran kita masih tertangguh .....

Pastikah bila kita akan mati ?
Di mana dan bagaimana bentuk kematian kita nanti ?

Berapa ramai anak-anak muda,
yang sedang berhibur, bersuka ria dan bersenang lenang pagi dan petang,
sedangkan kain-kain kafannya dah mula disedia dan mula dikoyak orang,
tetapi dia tidak tahu .....

Berapa ramai ibu-ibu yang sedang mengandong,
dan berapa ramai anak-anak kechil yang diharapkan lahir
menjadi orang yang hebat dan berjaya,
tetapi mati sejurus selepas dilahirkan .....

Berapa ramail gadis-gadis yang dihias indah,
berapa ramai jejaka-jejaka berpakaian raja sehari,
pada malam pengantinnya,
rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang,
untuk menguruskan jenazahnya.

Dan berapa ramai lagi dikalangan kita,
yang sedang asyik dan leka dengan kembara penghidupan,
yang tiada sebarang tanda-tanda tentang kematian,
tetapi telah diberitakan, baru saja meninggal dunia.

Itulah hakikat kematian,
Marilah saya dan kita semua,
janganlah saya dan kita semua berada dalam suasana mungkar dan maksiat, kerana dikhuatirkan pada waktu itulah malaikat maut menjemput kita.

JANGAN tertipu dengan hasutan syaitan dan manusia sendiri yang menyatakan dengan alasan :
" Ah, usia masih muda, bersuka-rialah dahulu ........ enjoy "
" Engkau ni sihat, rajin bersenan, berdiet, hidup senang makanan pun kerkhasiat ....... mesti tak ada penyakit kronik. "
" Kalau ingat mati saja, macam mana kita nak berjaya ?"
" Mati ? ya, tapi bukan sekarang, lambat lagi !"
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

17 Feb 2011

Peringatan untuk diri sendiri

" Janganlah kita marah jika orang lain tidak berubah sepertimana yang kita kehendaki JIKA KITA SENDIRI TIDAK BERUBAH seperti yang kita kehendaki. "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

16 Feb 2011

Setiap kita .....

Setiap kita mempunyai kesempatan untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik walaupun berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran. Kesempatan itu telah tersedia untuk diambil, hanya terserah kepada kita sama ada kita mengambilnya ataupun tidak.

Kita merupakan ejen perubahan. Untuk melangkah kehadapan, kita harus mengubah pemikiran yang pasif, lesu dan jumud menjadi pemikiran yang aktif, proaktif dan reaktif. Tiada perubahan luaran yang kelihatan, jika tiada perubahan dalaman dilakukan terlebih dahulu.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

12 Feb 2011

Kita memilikinya ...... namun !

  • Kita memiliki keupayaan, namun, keupayaan itu mungkin tidak diketahui dan dijana.
  • Kita mempunyai motivasi, namun, motivasi itu barangkali pasang surut sehingga kita tidak mendapat kepuasan untuk menggunakan seluruh potensi kita dan tidak dapat bertindak dengan tabah dan gagah.
  • Kita mempunyai sikap, namun, barangkali kita kekurangan sikap-sikap yang berdaya maju.
Kita perlu belajar menggunakan potensi kita, kita perlu belajar untuk menggunakan alat dan bakat yang ada pada diri sejak kita dibentuk dalam kandungan ibu lagi, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuat hidup kita lebih berjaya dan gembira semampu yang kita boleh. 

Tahukah kita bahawa kita tidak perlu meminta kebenaran ;
untuk berjaya ?
untuk menggunakan bakat dan sumber dalaman yang ada pada kita ?

Kita telah berada di muka bumi ini. ALLAH mengizinkan dan membenarkan kita lahir ke dunia adalah dengan tujuan. Itulah kebenaran yang paling mustahak yang perlu kita gunakan. Itulah kesempatan yang ada pada kita dan kesempatan itu perlu kita gunakan sebaik yang mungkin untuk mencapai tujuan yang sebenar.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

10 Feb 2011

Masalah kita ......... berbeza-beza

Kita sebagai insan di muka bumi ini mempunyai masalah yang berbeza-beza tidak kiralah siapa kita dan cara mengatasinya terpulanglah kepada diri kita sendiri. Kita tidak berdaya menghalang kehendak Tuhan dan kita juga tidak dapat menentukan apa juga yang akan terjadi dalam kehidupan kita pada masa hadapan.

Kita hanya boleh berusaha sedaya upaya dengan pengharapan Allah S.W.T memakbulkan doa serta memberkati apa yang kita usahakan. Setelah mendapat ketentuan daripada Allah S.W.T sama ada baik ataupun penderitaan, kita hanya boleh menganalisis perkara yang berlaku itu, membuat andaian, mencari jawapan serta mengambil pengajaran daripadanya. Begitupun ada juga ketikanya jawapan tersebut tidak dapat ditemui kerana hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui akan sebab nusabab kenapa sesuatu keadaan itu terjadi.

Ada kalanya setelah kita usaha dengan berdoa dan berikhtiar untuk mengeluarkan diri daripada sesuatu permasalahan tetapi kita masih lagi tidak berupaya untuk berbuat demikian. Maka kita mungkin memerlukan pihak ketiga yang tahu akan bagaimana cara yang terbaik untuk menangani sesuatu masalah yang kita hadapi.

Tidak semua masalah itu dapat diatasi dengan akal fikiran dan menggunakan kaedah jasmaniah. Ini kerana terdapat banyak perkara yang tersirat di muka bumi ini. Ada banyak rahsia di langit dan di bumi ini yang tidak kita ketahui. Ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar tetapi ianya wujud. Kalau kita lihat kitab Al-Quran juga memperlihatkan sesuatu yang tersurat dan yang tersirat.

Pertolongan pihak ketiga yang mengetahui kaedah alternatif boleh kita cari dan gunakannya sebagai salah satu lagi ikhtiar bagi tujuan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah itu.

Saya percaya untuk melakukan perubahan ia haruslah bermula dari hati kita sendiri. Seandainya pintu hati kita tertutup, memaksalah diri untuk membuka sedikit pintu hati kita dan saya percaya sekiranya sedikit cahaya dapat masuk maka lambat-laun cahaya yang bersifat Nuur itu bakal menjadi terang dengan keizinan Allah S.W.T

Memaksalah sebelum TERPAKSA
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

9 Feb 2011

Menyahut cabaran dan peluang ......

Kita memang hidup di dunia yang penuh cabaran dan peluang yang menanti kita untuk diambilnya.
Kita sering lupa bahawa kita sebenarnya diperlengkapkan untuk menyahut segala cabaran tersebut. 
Kita mudah melepaskan peluang yang ada pada kita. Setiap kita perlu membuat keputusan untuk mengambil peluang dan melalui cabaran yang terbentang. 

Adakah kita menyerahkan nasib hidup kita kepada orang lain ? atau 
adakah kita sendiri yang menentukannya ?. 

Jika kita menyerahkan nasib hidup kita kepada orang lain bermaknan kita secara sedar dan sengaja membiarkan kuasa dalaman diri kita dijajah dan dicuri orang. Kita secara sengaja meranapkan kuasa kita untuk memilih.

Bukankah kuasa terbesar yang dimiliki oleh kita itu adalah kuasa untuk memilih nasib sendiri serta keluarga ?. Dalam kehidupan manusia, tiada kuasa yang boleh merampas kuasa dalaman kita tanpa izin kita. Jika kita tidak menyahut cabaran dalam kehidupan kita.

Kita merelakan diri kita berada di bawah kemelaratan berterusan. Kita secara sedar menjadikan diri kita sengsara, melarat, menderita dan tidak mahu berkembang maju. Setiap keputusan dan tindakan yang kita ambil ada harga yang perlu dibayar. Jangan letakkan diri kita " low class "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

31 Jan 2011

Berat ringannya masalah

Berat ringannya atau besar kecilnya sesuatu masalah itu bergantung kepada perspektif kita yang menerimanya.
Bagi yang sudah biasa dengan kesukaran, ia tidak akan dianggap berat, sedangkan yang kurang pengalaman setiap masalah yang datang membabitkan tekanan emosi dan mental yang teruk,

sebagaimana contoh :
Bagaimanakah perasaan A yang berhutang RM1 juta dengan pihak bank sekiranya diberi masalah B yang gelisah kerana diburu hutang belian kereta ?
Bagaimana pula perasaan C yang kehilangan anak kerana penyakit barah kalau diberikan masalah D yang anaknya terkena penyakit deman ?
Bagaimana perasaan anda apabila saya memberitahu yang saya rasa amat sedih, gelisah dan kecewa dan menceritakan pada anda kegelisahan saya adalah kerana saya tidak menerima e-mail daripada kekasih saya semenjak dua minggu yang lalu ? .... mungkin anda ketawa ketika ini kerana anda akan berkata yang masalah saya ini terlalu kecil dan tidak perlu dibimbangkan. Tetapi bagi saya ianya terlalu besar ...

Ini bermakna, mereka yang pernah mengalami masalah yang besar akan merasakan masalah pihak yang satu lagi itu kecil dan mudah diatasi. Jadi tidak perlulah kita takut pada masalah kerana setiap masalah yang mendatang dalam hidup kita akan hanya mengubah perspektif kita ke peringkat yang lebih tinggi dan pada masa yang sama mendewasakan kita.

Sebenarnya setiap masalah yang mendatang itu sama sahaja bentuknya, tidak besar dan tidak kecil, oleh itu tidak perlulah kita panik, terlalu kecewa, terlalu emosional, terlalu tertekan dan sebagainya. Bawa bertenang dan berusahalah mencari jalan, bagaimana untuk mengatasinya, itu sahaja.

Bagaimana atau apakah perasaan resah gelisah A yang berhutang RM1 juta berlainan daripada B yang diburu hutang belian kereta. Sebagai manusia, B yang berhutang belian kereta akan mengalami apa yang A alami. Penin kepala,  seram sejuk, berpeluh-peluh apabila memikirkannya.

Kita mempunyai sifat yang sama, perasaan yang sama. Kalau garam masin rasanya bagi B masin jugalah rasanya pada A. Apa yang pasti masalah A lebih besar daripada B.

Apapun dalam apa juga keadaan ia terpulang kepada kita sendiri sama ada untuk mengawal perasaan dan bertenang atau sebaliknya. Sebenarnya kitalah yang menguasai perasaan kita sendiri dan bukannya keadaan mahupun orang lain.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

28 Jan 2011

Memperbaiki kehidupan ....

Kenapakah ?
3 orang anak dalam sebuah keluarga yang mempunyai masalah yang sama tetapi akhirnya mempunyai haluan yang berbeza ? ( dalam 3 orang anak itu mungkin ada tercatat nama kita ! .....)

Oleh itu,
Apa jua keadaan yang kita hadapi dalam hidup ini sebenarnya bukanlah penyebab kenapa kita perlu mengalah dan memilih jalan yang salah.

Pilihan itu tertakluk kepada diri kita sendiri,
Dengan
mempelajari,
meneliti.
menilai dan
memahami
setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup membolehkan kita membuat timbangtara yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan kita sendiri pada masa-masa yang akan datang.

pada hari ini 28.1.2011 dan selepas hari ini, " Umur kita semakin pendek "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

25 Jan 2011

Kita dalam kebenaran .................

Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran.
Tidak ada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat.

Sering diperingatkan, kejayaan hari ini boleh menjadi musuh kepada kejayaan hari esok.
Jagalah kebenaran yang kita miliki dengan selalu memohon hidayat dan taufik daripada Allah.

" pesanan ulama yang mempunyai mata hati : Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

23 Jan 2011

Kemas Kini ........

Jangan kesal jika kita tersalah pada masa lampau.
Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah bukti yang kita masih manusia.

Oleh itu, sebaik mendapat pengajaran daripadanya, lupakan dan tumpukan ke masa hadapan.
Sesiapa yang tidak memandang ke hadapan akan sentiasa tertinggal di belakang,
Kita tidak boleh " menggergaji habuk kayu "
Ertinya, masa lalu akan terus berlalu.

Apa yang penting, gunakan pengajaran masa lampau untuk " mengemas kini " masa kini dan merancang masa depan. ___ yesterday ended last night !
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

1 Jan 2011

Amanah : 01hb. Januari 2011 (Sabtu 12.38 pagi)

Sudah menjadi kebiasaan pada kita semua diawal setiap tahun ...
  • " Berubah lah ! "
  • " Apa azam tahun baru anda ? "
Di pagi yang hening ini mari kita sama-sama berkongsi....
AMANAH DAN MENGHARGAI
Kita selalu berkata " ini amanah Tuhan " yang perlu dijaga dengan baik  dan tidak boleh disalahgunakan.

Kalaulah KITA MENJADI DIRI KITA SENDIRI,
Kita tahu yang kita perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya,
kita mesti membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan untuk yang ramai. Namun, TANPA KITA SEDARI pada masa yang sama kita diamanahkan dengan kurniaan nyawa, masa, tenaga, akal, anggota, pancaindera dan lain-lain.
Situasi dan persoalannya, kenapa kita tidak menjaga amanah ini dan bertanggungjawab keatasnya ?
Kebanyakan kita mengambil sikap sambil lewa ke atas kurniaan ini.

Setiap hari kita diamanahkan dengan kurniaan ini, sejak kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur semula tetapi ;
  • Adakah kita peka akan penggunaannya ?
  • Berapa banyak ilmu yang dapat kita cakupi ?
  • Berapa banyakkah masa penggunaannya yang kita sia-siakan ?
  • Berapa banyakkah yang kita menungkan ?
  • Berapa banyakkah yang kita mengutip dosa dengan penggunaanya dalam sehari ?
Kita adalah pemimpin secara sendirinya pada diri kita sendiri,
Kita perlu memimpin kerajaan kita sendiri, kerajaan kita sendiri ialah
jasmani, rohani dan akal.

Kalau kita dapat mentadbir kerajaan kita ini, barulah seterusnya kita dapat mentadbir keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 

Kita sebenarnya menghadapi masalah mentadbir kerajaan diri kita sendiri.
Kita juga selalu menghargai sesuatu yang kelihatan.

" Pastikan hamparan kain itu sentiasa bersih dan selalu dicuci dengan mengisikan masa terluang dengan aktiviti sihat, ibadat dan yang berfaedah "

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

26 Dec 2010

Berusahalah mengikat hati mereka ...

Saya kira banyak benarnya.
Kita masih ada masa. Masa untuk lebih berhubung dengan anak-anak kita dan remaja kita. Daripada menuding jari ke atas kesilapan dan kesalahan mereka,
mari kita lebih berusaha mengikat hati mereka dengan hati kita.

Mencari silap memang mudah.
Mencari benda yang tidak berkenan di mata kita memang senang.
Fesyen rambut yang tak betul, tutur kata yang kasar, gelak tawa yang menyakit telinga, adab yang tidak sopan... memang itu jelas dan boleh ditegur bila-bila masa sahaja.
Tetapi bebelan setiap hari dari seorang dewasa yang jauh hatinya dari hati mereka memang tidak akan dilayan serta tidak akan diendahkan.

Memang sikap remaja sedemikian rupa.
Kita pun seperti mereka juga dulu.
Orang lain sentiasa kita anggap sebagai lawan, kerana hati kita tidak bertaut.
Mungkin kita patut lebih mendengar dari menuntut untuk didengar.

Budaya kita ada kalanya , bertindak dahulu baru mendengar. 
Akibatnya rasa marah dan dendam tersemat di jiwa anak-anak kita.
Marah dan dendam yang seterusnya akan membuah amukan dalam bentuk tindakan serta kelakuan.

Saya kira ada masanya kita sebagai orang-orang dewasa yang bergelar ibu bapa atau seorang guru perlu melihat kembali tindakan kita selama ini . 
Adakah selama ini kita menegur anak-anak kita dan remaja kita tanpa terlebih dahulu cuba membina ikatan hati yang baik?

Proses membina ikatan hati bukanlah semudah yang saya tulis ini,
Yang pastinya. ia perlukan masa dan kesungguhan kita.
Moga usaha kita semua secara berdikit akan menghasilkan kesepaduan.
Moga masa depan yang kita tinggalkan nanti untuk anak-anak dan remaja kita adalah masa depan yang lebih tenang berbanding sekarang.

Persoalan ini patut ditanya ...
dari mana kita ?

siapa kita ?

dimana kita ?

kemana kita ?
Bukankah kita ini pewaris jenerasi akan datang atau sebaliknya ? ... 
tepuklah dada kita, bukannya dada orang lain !
sama-sama lah kita fikir-fikirkannya ....
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
 

20 Dec 2010

17 kali sehari .....

kita pasti akan melafaskannya, sekiranya kita ______________
(jawapannya pasti ada pada diri kita)
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

Persinggahan ......

Ingatan untuk diri dan untuk dikongsi bersama ......

Kita BUKAN PEWARIS dunia ini
Kita adalah PEMINJAM dari jenerasi akan datang
Siapa jenerasi kita ?

Bangsa kita adalah MELAYU !, tau ... tapi ?
Ugama kita Islam !, tau ... tapi ?

Disebabkan setiap orang daripada kita
hanya mempunyai MASA 70 tahun @ 25,000 hari
(mungkin diketika ini giliran kita masih tertangguh)
untuk hidup dan SINGGAH di muka bumi ini,

Sebaik-baiknya janganlah, janganlah
dan janganlah biarkan masa itu pergi dengan kekosongan atau dengan sesuatu yang sia-sia.

Sedarilah, sedarilah dan sedarilah,
bila kita meninggalkan dunia ini, tempat kita akan digantikan dengan anak-anak dan cucu-cucu kita dan mereka juga bakal menghadapi dugaan yang sama.

Jika kita singgah dan meninggalkan ILMU, maka mereka mungkin akan mendapat faedahnya.
TETAPI jika kita singgah TANPA meninggalkan apa-apa,
BUKANKAH ia adalah sesuatu yang sia-sia ?
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

19 Dec 2010

Bertanyalah pada diri sendiri ......

Wahai diriku, apa kabarmu hari ini?
Adakah engkau dalam keadaan sihat lahir dan batin?

Masihkah senyum manis menghiasi bibirmu?
Masihkah langkah hidup terasa ringan engkau ayunkan atau malah terasa berat sekali?
Masihkah engkau bergegas untuk menjawab panggilan-Nya disaat adzan berkumandang?
Adakah perasaan malas dan menunda mulai hinggap di hatimu untuk berbuat kebaikan?
Masihkah ucapan istighfar sebagai rasa kesal membasahi bibirmu, untuk setiap ucapan yang dusta, pandangan mata yang tak seharusnya, serta bisikan jahat pada hatimu yang akhirnya engkau lahirkan wujudkan dalam  perbuatan?

Terkadang, kita terlalu sibuk dengan dunia di luar diri kita. Kita begitu bersemangat membuat banyak perubahan untuk lingkungan sekitar kita. Kita bersemangat untuk menutupi setiap kekurangan yang nampak di hadapan, serta bersemangat menjadikan segala sesuatu di luar diri kita nampak lebih baik dari hari ke hari.
Namun, tanpa disedari, kita lupa bertanya pada diri sendiri. Kita lupa untuk melihat setiap perubahan kecenderungan yang singgah pada diri kita.

Kita lupa untuk memperbaiki dan menutupi banyaknya kekurangan dan aib-aib diri kita. Dalam setiap pertambahan waktu dan umur, dalam banyak pergaulan dan interaksi yang terjadi, tak pasti terdapat perubahan-perubahan dalam kecenderungan diri kita. 

Mungkin, aktiviti yang kita lalui dari hari ke hari tanpa disedari sudah memakan kesedaran kita untuk terus waspada serta berjalan dalam rambu-rambu ketaatan dan keistiqomahan menjaga keimanan dari bisikan-bisikan halus kelalaian.
Mungkin saja diri kita yang dulunya begitu kuat untuk memegang prinsip-prinsip yang mulia dalam hidup, mulai goyah dan terbawa arus setelah berbaur dengan beragam karakter dan kebiasaan.
Adakah kita senantiasa bertanya pada diri sendiri, sebesar apakah kedukaan kita saat berlalunya kesempatan untuk berbuat taat yang hanya kita biarkan dan habiskan dalam kesia-siaan perbuatan? 

Atau malah diri kita tidak berduka sama sekali?
Adakah kita senantiasa bertanya dan menuntut pada diri, perbuatan baik apa saja yang akan dan telah kita persembahkan pada hari ini?
Padahal kesempatan itu tidak datang dua kali dan terkadang hanya berlaku sekali. Hari yang kita jumpai saat ini dengan segala ragam keadaannya tak akan kembali terulang untuk esok, sedangkan kita tak pernah tahu, apakah esok kita masih sihat dan mampu berbuat, atau bahkan tidak akan lagi menjumpainya.

Bertanya pada diri sendiri atas banyak hal yang mesti diperbaiki adalah sebuah kemestian yang seharusnya dilakukan. Menjadi Waspada atas banyak kecenderungan-kecenderungan diri yang melalaikan merupakan suatu hal yang menjadi kemestian dasar untuk tetap menjaga keuntuhannya iman. 

1. Mampukah kita melakukan perubahan dan perbaikan, jika kita tidak pernah bertanya hal apa yang mesti kita ubah dan perbaiki? 

2. Mampukah kita melihat kelemahan dan kekurangan, jika diri tetap tidak mau peduli dan perubahan serta selalu saja merasa sempurna dan tiada cela?
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

Peluang kedua ................

Kepada ibu-ibu bapa-bapa yang berkerja....diharapkan bersabar dengan kerenah anak-anak dirumah...walaupun hanya seorang permata hati.boleh tahan kerenahnya ..inikan pulak yang berlambak....sabar ya mama dan papa, ayah dan ibu ...

hayati kisah ini ....

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.
Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumahitu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.”

Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan

leteran danbahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yg bakal dtg.
Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.
Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.
Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah
darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar …tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.
Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

“Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.
Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamurumahnyapenuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

-------------------------------------------------------------------
*Jangan kita selalu berharap untuk dapat peluang kedua....kerana ia belum tentu akan dapat semula selepas kita persiakan ......*
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

Hari-hari Bapa

macam BAPA2 lain, harapannya sama.
JADILAH KALIAN ANAK2 YANG SEMPURNA

walaupun hidup kita memang
tidak sempurna.
tapi percayalah, macam2 bapa2 lain.

walaupun kadang2 keperluan sendiri jauh terabai.

SEMPENA HARI-HARI BAPA
kepada semua yang bergelar bapa.

ini hari-hari kita ..... 



Anak-anakku. "Ketika aku memerhatikan duniamu hari ini aku diserang kebimbangan terhadap generasi baru, tampaknya mereka matang awal tetapi berlaku di dalam dunia yang tidak selamat mereka cenderung untuk meletakkan perkara kebendaan lebih bernilai dan mencuaikan nilai-nilai kerohanian....... kamu sebenarnya mestilah bersenjatakan keruhanian kalau tidak mahu tergelincir atau dihanyut arus".
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...