31 Jan 2011

Berat ringannya masalah

Berat ringannya atau besar kecilnya sesuatu masalah itu bergantung kepada perspektif kita yang menerimanya.
Bagi yang sudah biasa dengan kesukaran, ia tidak akan dianggap berat, sedangkan yang kurang pengalaman setiap masalah yang datang membabitkan tekanan emosi dan mental yang teruk,

sebagaimana contoh :
Bagaimanakah perasaan A yang berhutang RM1 juta dengan pihak bank sekiranya diberi masalah B yang gelisah kerana diburu hutang belian kereta ?
Bagaimana pula perasaan C yang kehilangan anak kerana penyakit barah kalau diberikan masalah D yang anaknya terkena penyakit deman ?
Bagaimana perasaan anda apabila saya memberitahu yang saya rasa amat sedih, gelisah dan kecewa dan menceritakan pada anda kegelisahan saya adalah kerana saya tidak menerima e-mail daripada kekasih saya semenjak dua minggu yang lalu ? .... mungkin anda ketawa ketika ini kerana anda akan berkata yang masalah saya ini terlalu kecil dan tidak perlu dibimbangkan. Tetapi bagi saya ianya terlalu besar ...

Ini bermakna, mereka yang pernah mengalami masalah yang besar akan merasakan masalah pihak yang satu lagi itu kecil dan mudah diatasi. Jadi tidak perlulah kita takut pada masalah kerana setiap masalah yang mendatang dalam hidup kita akan hanya mengubah perspektif kita ke peringkat yang lebih tinggi dan pada masa yang sama mendewasakan kita.

Sebenarnya setiap masalah yang mendatang itu sama sahaja bentuknya, tidak besar dan tidak kecil, oleh itu tidak perlulah kita panik, terlalu kecewa, terlalu emosional, terlalu tertekan dan sebagainya. Bawa bertenang dan berusahalah mencari jalan, bagaimana untuk mengatasinya, itu sahaja.

Bagaimana atau apakah perasaan resah gelisah A yang berhutang RM1 juta berlainan daripada B yang diburu hutang belian kereta. Sebagai manusia, B yang berhutang belian kereta akan mengalami apa yang A alami. Penin kepala,  seram sejuk, berpeluh-peluh apabila memikirkannya.

Kita mempunyai sifat yang sama, perasaan yang sama. Kalau garam masin rasanya bagi B masin jugalah rasanya pada A. Apa yang pasti masalah A lebih besar daripada B.

Apapun dalam apa juga keadaan ia terpulang kepada kita sendiri sama ada untuk mengawal perasaan dan bertenang atau sebaliknya. Sebenarnya kitalah yang menguasai perasaan kita sendiri dan bukannya keadaan mahupun orang lain.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

28 Jan 2011

Memperbaiki kehidupan ....

Kenapakah ?
3 orang anak dalam sebuah keluarga yang mempunyai masalah yang sama tetapi akhirnya mempunyai haluan yang berbeza ? ( dalam 3 orang anak itu mungkin ada tercatat nama kita ! .....)

Oleh itu,
Apa jua keadaan yang kita hadapi dalam hidup ini sebenarnya bukanlah penyebab kenapa kita perlu mengalah dan memilih jalan yang salah.

Pilihan itu tertakluk kepada diri kita sendiri,
Dengan
mempelajari,
meneliti.
menilai dan
memahami
setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup membolehkan kita membuat timbangtara yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan kita sendiri pada masa-masa yang akan datang.

pada hari ini 28.1.2011 dan selepas hari ini, " Umur kita semakin pendek "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

25 Jan 2011

Kita dalam kebenaran .................

Jangan pula berbangga jika kita dalam kebenaran.
Tidak ada jaminan kita akan seterusnya benar sepanjang hayat.

Sering diperingatkan, kejayaan hari ini boleh menjadi musuh kepada kejayaan hari esok.
Jagalah kebenaran yang kita miliki dengan selalu memohon hidayat dan taufik daripada Allah.

" pesanan ulama yang mempunyai mata hati : Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...