9 Jan 2011

Hakikat Hari Dan Usia

Masa berlalu dengan cepat meninggalkan kita. 

Carilah keberkatan dalam penghidupan,

  • 40 atau 50 tahun yang lalu kita seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali tangisan.
  • 15 atau 20 tahun selepas itu kita seorang remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai.
  • Kemudian kita menjadi dewasa menempuh banyak pengalaman pahit manis.
  • Akhirnya kita menjadi seorang tua yang sudah lemah anggota dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu orang ramai sudah menjauhkan diri dari kita, bahkan anak-anak kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti biasa.
Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada yang kekal.
  • Paras yang handsome tak kekal lama, akhirnya berkedut.
  • Gigi yang penuh dan putih berseri lama-kelamaan mula rapuh dan rongak,
  • Rambut hitam yang segar kini menjadi putih dan lesu,
  • Deria telinga yang tajam mula berkurangan.
  • Tubuh yang tampan dah mula lemah dan berpenyakit.
Ingatlah amaran yang nampak dan tidak nampak Allah telah tiba dan sentiasa ada - bahawa kita akan meninggalkan dunia ini dan kita sedang menuju ke alam lain yang telah tersedia untuk kita .......... selama-lamanya

Masa muda ibarat masa menanam dan tua ialah masa untuk kita tuai hasilnya.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

3 Jan 2011

Ingatan lagi ... 03-01-2011

Sehingga ke hari ini dan seterusnya sehingga kita meninggal dunia, dalam kehidupan kita sebenarnya
ADA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB 
yang perlu kita pikul pada setiap masa, diantaranya ialah ;

Amanah dan tanggungjawab :
  • Hamba yang patuh pada perintah Allah dan meninggalkan larangan_Nya.
  • Anak yang taat dan berbakti pada kedua-dua ibu bapanya.
  • Suami yang memelihara kehormatan isterinya.
  • Isteri yang memelihara kehormatan suaminya.
  • Abang @ kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.
  • Bapa yang menjaga amanah, mendidik, memelihara dan membiayai anak-anaknya.
  • Seorang kawan yang menemani sahabat handalnya yang lain.
  • Pekerja yang menjalankan tugas yang diberikan oleh majikannya.
  • Jiran yang memikul tanggungjawab sebagai jiram.
  • Pemimpin yang adil, saksama dan berwibawa kepada pengikutnya.
  • Penasihat yang berilmu dan beramal terhadap apa yang dinasihatinya.
  • Mentor kepada yang lebih muda.
  • Bantuan, sedekah dan sumbangan kepada yang memerlukan.
  • Kepada diri kita sendiri.
  • Kepada agama, bangsa dan negara.
  • Lain-lain ..............
Kita mesti selalu menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan baik dan tabah setiap ketika disepanjang penghidupan. Amanah dan tanggungjawab ini bertukar ganti berdasarkan keadaan setiap masa.

Laksanakanlah amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya pada setiap ketika dan setiap keadaan kerana masalah mungkin akan timbul sekiranya kita tidak berbuat demikian.

sama-samalah kita berperanan
Janganlah pula kita samakan antara tugas dan tanggungjawab ini dengan bebenan.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

1 Jan 2011

Amanah : 01hb. Januari 2011 (Sabtu 12.38 pagi)

Sudah menjadi kebiasaan pada kita semua diawal setiap tahun ...
  • " Berubah lah ! "
  • " Apa azam tahun baru anda ? "
Di pagi yang hening ini mari kita sama-sama berkongsi....
AMANAH DAN MENGHARGAI
Kita selalu berkata " ini amanah Tuhan " yang perlu dijaga dengan baik  dan tidak boleh disalahgunakan.

Kalaulah KITA MENJADI DIRI KITA SENDIRI,
Kita tahu yang kita perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya,
kita mesti membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan untuk yang ramai. Namun, TANPA KITA SEDARI pada masa yang sama kita diamanahkan dengan kurniaan nyawa, masa, tenaga, akal, anggota, pancaindera dan lain-lain.
Situasi dan persoalannya, kenapa kita tidak menjaga amanah ini dan bertanggungjawab keatasnya ?
Kebanyakan kita mengambil sikap sambil lewa ke atas kurniaan ini.

Setiap hari kita diamanahkan dengan kurniaan ini, sejak kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur semula tetapi ;
  • Adakah kita peka akan penggunaannya ?
  • Berapa banyak ilmu yang dapat kita cakupi ?
  • Berapa banyakkah masa penggunaannya yang kita sia-siakan ?
  • Berapa banyakkah yang kita menungkan ?
  • Berapa banyakkah yang kita mengutip dosa dengan penggunaanya dalam sehari ?
Kita adalah pemimpin secara sendirinya pada diri kita sendiri,
Kita perlu memimpin kerajaan kita sendiri, kerajaan kita sendiri ialah
jasmani, rohani dan akal.

Kalau kita dapat mentadbir kerajaan kita ini, barulah seterusnya kita dapat mentadbir keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. 

Kita sebenarnya menghadapi masalah mentadbir kerajaan diri kita sendiri.
Kita juga selalu menghargai sesuatu yang kelihatan.

" Pastikan hamparan kain itu sentiasa bersih dan selalu dicuci dengan mengisikan masa terluang dengan aktiviti sihat, ibadat dan yang berfaedah "

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...