9 Feb 2011

Menyahut cabaran dan peluang ......

Kita memang hidup di dunia yang penuh cabaran dan peluang yang menanti kita untuk diambilnya.
Kita sering lupa bahawa kita sebenarnya diperlengkapkan untuk menyahut segala cabaran tersebut. 
Kita mudah melepaskan peluang yang ada pada kita. Setiap kita perlu membuat keputusan untuk mengambil peluang dan melalui cabaran yang terbentang. 

Adakah kita menyerahkan nasib hidup kita kepada orang lain ? atau 
adakah kita sendiri yang menentukannya ?. 

Jika kita menyerahkan nasib hidup kita kepada orang lain bermaknan kita secara sedar dan sengaja membiarkan kuasa dalaman diri kita dijajah dan dicuri orang. Kita secara sengaja meranapkan kuasa kita untuk memilih.

Bukankah kuasa terbesar yang dimiliki oleh kita itu adalah kuasa untuk memilih nasib sendiri serta keluarga ?. Dalam kehidupan manusia, tiada kuasa yang boleh merampas kuasa dalaman kita tanpa izin kita. Jika kita tidak menyahut cabaran dalam kehidupan kita.

Kita merelakan diri kita berada di bawah kemelaratan berterusan. Kita secara sedar menjadikan diri kita sengsara, melarat, menderita dan tidak mahu berkembang maju. Setiap keputusan dan tindakan yang kita ambil ada harga yang perlu dibayar. Jangan letakkan diri kita " low class "
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

7 Feb 2011

Kehidupan ini terlalu pendek

Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita bergelumang dengan pelbagai masalah. Kalau kita berjumpa dengan orang yang berumur 50 tahun, dia akan menyatakan yang masa hidup ini terlalu cepat berlalu. Dia pasti akan menyatakan yang dia masih ingat lagi semasa umurnya 20 tahun dan betapa cepatnya masa berlalu.

50 tahun bukanlah masa yang lama, apa yang penting adalah untuk kita menghargai setiap waktu yang datang dalam kehidupan ini dengan sebaiknya supaya setiap waktu itu membawa makna.

Tidak perlu kita kesali apa yang telah berlalu kerana apa yang sudah berlalu telah menjadi kenangan dan sejarah silam hidup kita. Kita boleh mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku dan menyarankan kepada yang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita agar mereka tidak terjebak dengan kesilapan yang sama.

Kita semua harus percaya sekiranya masa boleh berpusing kembali kita pasti akan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza untuk mencapai kejayaan, tetapi inilah hakikat kehidupan, masa akan terus-terusan bergerak meninggalkan kita.
Kehidupan harus diteruskan selagi belum tiba ajal.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

1 Feb 2011

Syaitan kurus & syaitan gemuk

Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang sedang berbincang. Secara fizikal, dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang nyata, syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan melihat keadaan sahabatnya yang menyedihkan, lalu bertanyalah kepada syaitan kurus itu,

sahabat, mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor ?
jawab syaitan kurus, " aku tidak dapat makan dan minum, tidu ku juga tidak nenyak. Para penghuni rumah selalu ingat kepada Allah. Ketika makan, mereka membaca doa. Ketika masuk ke dalam rumah, mereka mengucap salam. Begitu juga ketika tidor, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rimah dan tidak dapat berehat. "

Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini ? tanya syaitan kurus...
jawab syaitan gemuk, " Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyenyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah, " kata syaitan gemuk.

Jangan salahkan syaitan, salahlah pada diri sendiri
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...