6 Jun 2011

KITA_____ adalah Pemimpin

Apabila disebut ' tanggungjawab ' ianya melibatkan pemimpin, siapa sebenarnya pemimpin ? ...

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud  :  " Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya. Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan terhadap anak-anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya. Ingatlah, semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya. " - (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rumusan daripada maksud hadis itu, adalah, jika kita tidak terpilih oleh pihak tertentu untuk jadi pemimpin, maka sedarlah bahawa kita sememangnya adalah telah menjadi pemimpin dan bertangungjawab keatasnya walaupun kita seorang hamba sahaya sahaja. Menyedari hakikat ini, jadi tidak perlulah melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak baik dan menyalahi hukum dan undang-undang untuk menjadi pemimpin.

TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PEMIMPIN DENGAN CARA YANG TERBAIK KERANA KITA AKAN DITANYA KELAH DI AKHIRAT HAL KEPIMPINAN KITA DI DUNIA INI.

Bimbanglah jika kita tidak menunaikan amanah kepimpinan sekarang, bukannya terlalu bimbang tidak terpilih menjadi pemimpin.

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

5 Mar 2011

Jika salah itu berbau .....

Demi Allah! Sekiranya kita dapati bagi orang yang berbuat maksiat itu berbau nescaya tiada seorang pun daripada mereka dapat duduk dekat kita kerana tersangat busuk baunya kita.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

3 Mar 2011

Sakit vs sihat ....


Sakit vs Sihat ...... Munajat

Apakah dosaku kau biarkan aku terlantar sakit begini ?, Tidak puas aku nikmati zaman manis remajaku! Aku ingin hidup sihat seperti orang lain. Aku rindu untuk hidup berkeluarga, punya isteri, punya anak. Kasihanilah aku, ya Allah!

Allah tak leka dari mendengar rintihan hambaNya. Allah terlalu dekat padamu. Allah hanya menguji kesabaran hambaNya adakah ia redha dengan takdirNya.
Adakah ia semakin mendekat atau semakin menjauhkan diri pada penciptaNya.

Tapi sampai bila ?, Lepaskanlah aku dari kesakitan ini. Aku lemah dan tidak berdaya lagi melawan takdirMu, kerana itu aku merayu-rayu dan merintih-rintih padaMu!

Ya, berikhtiarlah dan berdoalah terus dengan merendah diri. Merayulah dan mengadulah segala kesulitan mu pada Dia Yang Maha Mengetahui. Merayulah terus sampai kau terima bahawa apa yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik buatmu.

Kasihanilah aku, ya Allah, aku berjanji padaMu, sekiranya aku sihat aku akan menjadi hambaMu yang taat!

Manusia memang suka berjanji akan kembali taat bila sudah terhimpit. Dia merintih, merayu-rayu minta di kasihani. Tetapi bila Allah beri dia nikmat sihat dia kembali mungkir, lupa kembali kepada TuhanNya.

Yakinilah bahawa Allah akan menghapuskan dosa dan memberi pahala kepada hambaNya yang sabar dan redha atas penderitaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, kita hanya hambaNya yang lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Allah dengan redha sebagai sahutan dari doamu....

.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...