31 Jan 2011

Berat ringannya masalah

Berat ringannya atau besar kecilnya sesuatu masalah itu bergantung kepada perspektif kita yang menerimanya.
Bagi yang sudah biasa dengan kesukaran, ia tidak akan dianggap berat, sedangkan yang kurang pengalaman setiap masalah yang datang membabitkan tekanan emosi dan mental yang teruk,

sebagaimana contoh :
Bagaimanakah perasaan A yang berhutang RM1 juta dengan pihak bank sekiranya diberi masalah B yang gelisah kerana diburu hutang belian kereta ?
Bagaimana pula perasaan C yang kehilangan anak kerana penyakit barah kalau diberikan masalah D yang anaknya terkena penyakit deman ?
Bagaimana perasaan anda apabila saya memberitahu yang saya rasa amat sedih, gelisah dan kecewa dan menceritakan pada anda kegelisahan saya adalah kerana saya tidak menerima e-mail daripada kekasih saya semenjak dua minggu yang lalu ? .... mungkin anda ketawa ketika ini kerana anda akan berkata yang masalah saya ini terlalu kecil dan tidak perlu dibimbangkan. Tetapi bagi saya ianya terlalu besar ...

Ini bermakna, mereka yang pernah mengalami masalah yang besar akan merasakan masalah pihak yang satu lagi itu kecil dan mudah diatasi. Jadi tidak perlulah kita takut pada masalah kerana setiap masalah yang mendatang dalam hidup kita akan hanya mengubah perspektif kita ke peringkat yang lebih tinggi dan pada masa yang sama mendewasakan kita.

Sebenarnya setiap masalah yang mendatang itu sama sahaja bentuknya, tidak besar dan tidak kecil, oleh itu tidak perlulah kita panik, terlalu kecewa, terlalu emosional, terlalu tertekan dan sebagainya. Bawa bertenang dan berusahalah mencari jalan, bagaimana untuk mengatasinya, itu sahaja.

Bagaimana atau apakah perasaan resah gelisah A yang berhutang RM1 juta berlainan daripada B yang diburu hutang belian kereta. Sebagai manusia, B yang berhutang belian kereta akan mengalami apa yang A alami. Penin kepala,  seram sejuk, berpeluh-peluh apabila memikirkannya.

Kita mempunyai sifat yang sama, perasaan yang sama. Kalau garam masin rasanya bagi B masin jugalah rasanya pada A. Apa yang pasti masalah A lebih besar daripada B.

Apapun dalam apa juga keadaan ia terpulang kepada kita sendiri sama ada untuk mengawal perasaan dan bertenang atau sebaliknya. Sebenarnya kitalah yang menguasai perasaan kita sendiri dan bukannya keadaan mahupun orang lain.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

2 comments:

  1. terima kasih atas info ini. suka saya membacanya :)

    ReplyDelete
  2. Semua yang ada di muka bumi ini hanyalah sementara.Segala kesulitan yg dialami juga bersifat sementara.Hati kita perlu sentiasa kuat, tenang dan redha menerimanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...