1 Feb 2011

Syaitan kurus & syaitan gemuk

Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang sedang berbincang. Secara fizikal, dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang nyata, syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan melihat keadaan sahabatnya yang menyedihkan, lalu bertanyalah kepada syaitan kurus itu,

sahabat, mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor ?
jawab syaitan kurus, " aku tidak dapat makan dan minum, tidu ku juga tidak nenyak. Para penghuni rumah selalu ingat kepada Allah. Ketika makan, mereka membaca doa. Ketika masuk ke dalam rumah, mereka mengucap salam. Begitu juga ketika tidor, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rimah dan tidak dapat berehat. "

Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini ? tanya syaitan kurus...
jawab syaitan gemuk, " Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyenyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah, " kata syaitan gemuk.

Jangan salahkan syaitan, salahlah pada diri sendiri
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

4 comments:

  1. syaitan paling seronok kalau kita lalai kepada allah..

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju__terima kasih Noor Fatin

    ReplyDelete
  3. mcmna pula manusia yang bertopengkan syaitan?

    ReplyDelete
  4. "manusia yg bertopengkan syaitan" adalah ungkapan keatas perangai orang itu seperti perangai syaitan ____ bagaimana pula "syaitan yg bertopengkan manusia", sama2 kita fikir-fikirkan.____ harap2 kita semua dijauhi drp ungkapan itu terhadap kita,terima kasih leyzajamil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...