15 Dec 2010

Antara Masa Dan Usia

Waktu ini pukul ………

Waktu terus berjalan,
Selagi yang maha kuasa mengkehendaki dunia ini berputar,
Selagi tiada kuasa yang sanggup menahan terbitnya matahari,

Maka... seketika masa di izinkan untuk kita,
Jalanilah penghidupan ini,
Demi masa ini... untuk hari ini,

Marilah kita menghitung usia,
Mengukur jarak tempoh yang sudah berlalu,

Adakah perkara itu sudah@belum terlaksana, dikaji, disemak, ditetapkan, ditemui, berhasil @ masih belum terjawab
Atau masih lagi tertangguh,

Inilah antara masa dan usia,
Inilah penghidupan kita, yang harus di isi,

Kelmarin... telah jauh dan menjadi sejarah,
Esok... masih menyimpan misteri dan belum tentu,

Hari inilah... masa inilah saatnya,
Untuk kita menatap kehidupan kita,
Kerana waktu yang berlalu... tidak berulang lagi,

Jadilah diri sendiri
Belajarlah berhenti... melihat orang lain... selalu lebih hebat,

Dewasalah kita,
Kerana menjadi tua adalah pasti,
Menjadi dewasa adalah pilihan,

Belajarlah hargai setiap masa yang berlalu
Makna... setiap nafas yang terhirup,

Melangkahlah... kerana,
Sejuta langkah kedepan... bermula dari langkah pertama,

Teruskanlah,
Meraih kehidupan yang lebih baik,
Sakit dan sihat tidak pernah bertemu,

Jadilah diri sendiri,
Jadikanlah diri sendiri... seumpama ubi yang tertutup rapat,
Daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat,

Binalah penghidupan cemerlang hari ini
Untuk anak kita dan jenerasi akan datang.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...