16 Dec 2010

Mencipta Zaman Yang Baik Untuk Diri & Bangsa

" memperoleh apa-apa yang diusahakannya sahaja "
Jadi, jikalau kita berusaha ke arah melakukan kejahatan maka itulah yang akan diperolehinya, iaitu kejahatan yang akan memakan diri sendiri,
dan jika kita melakukan kebaikan, mencari kekayaan di dunia secara halal contohnya, maka itulah yang akan diperolehinya, hasilnya baik untuk kita.

itulah 2 syarat yang perlu dipatuhi oleh kita
 jika kita hendak mencipta zaman yang baik untuk diri dan untuk bangsa.
Apa-apa yang berlaku dan yang terdapat di luar diri kita (iaitu dalam zaman kita) adalah hasil daripada apa-apa yang ada dalam diri kita. Dengan kata lain, realiti atau " dunia luar " adalah bayangan dari fikiran dan perasaan atau persepsi yang datang dari dalam diri kita

Kerana kita selalunya tidak memperbaiki keadaan dalam diri kita maka lahirlah keadaan di luar diri yang tidak aman dan tenteram, yang buruk dan yang merosakkan diri dan bangsa.
...... berlakulah 
  • peperangan, 
  • pembunuhan, 
  • permusuhan, 
  • penipuan, 
  • kemiskinan, 
  • hedonisme, 
  • rasuah, 
  • maksiat dan 
  • budaya yang kasar, yang tidak beradab.
serta .........
  • Yang buruk dikatakan baik, yang benar dikatakan tidak benar, yang jahat dikatakan tidak jahat.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...