14 Dec 2010

Mencari Untuk Ditinggalkan, Meninggal Untuk Bekalan


Apabila kita lahir, kita dapati kita sudah berada di dalam sebuah keretapi dan kita hidup dalam salah satu bilik yang terdapat dalam gerabak yang ada kamar. Dari hari ke hari, kita berusaha bagi mencantiknya kamar kita itu, kita pasang langsir, sofa baru, Televisyen Plasma, DVD Player, pelbagai hiasan termasuk gambar Ijazah, gambar kahwin, setiap kali keretapi itu berhenti, kita akan tambahkan koleksi barang hidup kita termasuk kereta yang kita simpan di gerabak stor.

Kita beli jam tangan mencecah ribuan ringgit, walaupun waktu yang kita dapat tetap 24 jam. Kita beli pen yang berharga ratusan dan ribuan ringgit, walaupun cek yang ditandatangani dengan pen Kilometrico (berharga 70 sen) diterima oleh bank.

Kita juga beli rumah yang berharga paling mahal yang bank dapat luluskan pinjaman kita, yang kita dapat tetap sebuah atap, lantai, bilik dan dinding.

Keretapi sedang berjalan, keretapi itu sedang menuju ke satu lagi dunia baru iaitu Taman Barzakh, apabila keretapi yang kita naiki itu (masa) itu sampai ke destinasinya, hanya kita sahaja yang turun ke destinasi dan keretapi itu berpatah balik ke dunia bersama dengan harta-harta kita. Kereta kita, rumah, pakaian, jam semuanya diambil dari kita. Penduduk dunia hanya hadiahkan kepada kita dengan kain putih yang tidak berjenama dan belum dijahit bagi dihiasi pada diri kita, lalu kita dimasukkan ke dalam tanah.

Keretapi yang memuatkan bilik kita dan harta dunia kita pulang dan segala kepunyaan kita dibahagikan sesama ahli keluarga kita sama ada secara adil ataupun tidak. Segala yang kita cari selama ini, semuanya untuk ditinggalkan.

Kita ditinggalkan di dunia kedua dan menaiki keretapi yang seterusnya, tetapi kali ini, kita tidak lagi dapat mengumpul harta, kerana ketika ini, sepanjang tempoh perjalanan di Alam Barzakh, kita hanya perlu mengeluarkan harta bagi membayar tol. Bagaimana untuk kita ingin membayar tol di Alam Barzakh, jika semua harta kita tinggalkan di dunia? Satu-satunya harta yang diterima dan dapat dibawa ke Alam Barzakh adalah 'bekalan harta dalam bentuk pahala'.

Selepas menilai apa yang baik dan apa yang buruk,
.................................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

4 comments:

  1. hidup sederhana tu adalah yang terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. ya ..... tapi bukan semuanya, ada pada hal-hal yang tertentu kita mesti advanse

    ReplyDelete
  3. Salam.
    N3 yang menarik. Minta izin copy paste.Semoga diberkati Allah swt.

    ReplyDelete
  4. di izinkan ... terima kasih roha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...