18 Feb 2011

Giliran kita masih tertangguh .....

Pastikah bila kita akan mati ?
Di mana dan bagaimana bentuk kematian kita nanti ?

Berapa ramai anak-anak muda,
yang sedang berhibur, bersuka ria dan bersenang lenang pagi dan petang,
sedangkan kain-kain kafannya dah mula disedia dan mula dikoyak orang,
tetapi dia tidak tahu .....

Berapa ramai ibu-ibu yang sedang mengandong,
dan berapa ramai anak-anak kechil yang diharapkan lahir
menjadi orang yang hebat dan berjaya,
tetapi mati sejurus selepas dilahirkan .....

Berapa ramail gadis-gadis yang dihias indah,
berapa ramai jejaka-jejaka berpakaian raja sehari,
pada malam pengantinnya,
rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang,
untuk menguruskan jenazahnya.

Dan berapa ramai lagi dikalangan kita,
yang sedang asyik dan leka dengan kembara penghidupan,
yang tiada sebarang tanda-tanda tentang kematian,
tetapi telah diberitakan, baru saja meninggal dunia.

Itulah hakikat kematian,
Marilah saya dan kita semua,
janganlah saya dan kita semua berada dalam suasana mungkar dan maksiat, kerana dikhuatirkan pada waktu itulah malaikat maut menjemput kita.

JANGAN tertipu dengan hasutan syaitan dan manusia sendiri yang menyatakan dengan alasan :
" Ah, usia masih muda, bersuka-rialah dahulu ........ enjoy "
" Engkau ni sihat, rajin bersenan, berdiet, hidup senang makanan pun kerkhasiat ....... mesti tak ada penyakit kronik. "
" Kalau ingat mati saja, macam mana kita nak berjaya ?"
" Mati ? ya, tapi bukan sekarang, lambat lagi !"
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...