12 Feb 2011

Kita memilikinya ...... namun !

  • Kita memiliki keupayaan, namun, keupayaan itu mungkin tidak diketahui dan dijana.
  • Kita mempunyai motivasi, namun, motivasi itu barangkali pasang surut sehingga kita tidak mendapat kepuasan untuk menggunakan seluruh potensi kita dan tidak dapat bertindak dengan tabah dan gagah.
  • Kita mempunyai sikap, namun, barangkali kita kekurangan sikap-sikap yang berdaya maju.
Kita perlu belajar menggunakan potensi kita, kita perlu belajar untuk menggunakan alat dan bakat yang ada pada diri sejak kita dibentuk dalam kandungan ibu lagi, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuat hidup kita lebih berjaya dan gembira semampu yang kita boleh. 

Tahukah kita bahawa kita tidak perlu meminta kebenaran ;
untuk berjaya ?
untuk menggunakan bakat dan sumber dalaman yang ada pada kita ?

Kita telah berada di muka bumi ini. ALLAH mengizinkan dan membenarkan kita lahir ke dunia adalah dengan tujuan. Itulah kebenaran yang paling mustahak yang perlu kita gunakan. Itulah kesempatan yang ada pada kita dan kesempatan itu perlu kita gunakan sebaik yang mungkin untuk mencapai tujuan yang sebenar.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

6 comments:

  1. terkedu sejenak..en aris ni pemulis profesional ke?

    ReplyDelete
  2. terima kasih leyzajamil..... kita kongsi begini : tangan diatas lebih baik drp tangan dibawah = memberi adalah lebih baik drp menerima apa yg tersirat diantara kata2 itu, inshaallah disitu ada ketenangan.

    ReplyDelete
  3. camner nak tau aper bakat kiter yg sebenar? ke bedal jer aper yg kite tau? kekadang jupe bakat neh lambat gak. org kata bakat terpendam. tak tau laaa. tuan blog wat laa entry neh eh. nanti leh saya baca :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...