10 Feb 2011

Masalah kita ......... berbeza-beza

Kita sebagai insan di muka bumi ini mempunyai masalah yang berbeza-beza tidak kiralah siapa kita dan cara mengatasinya terpulanglah kepada diri kita sendiri. Kita tidak berdaya menghalang kehendak Tuhan dan kita juga tidak dapat menentukan apa juga yang akan terjadi dalam kehidupan kita pada masa hadapan.

Kita hanya boleh berusaha sedaya upaya dengan pengharapan Allah S.W.T memakbulkan doa serta memberkati apa yang kita usahakan. Setelah mendapat ketentuan daripada Allah S.W.T sama ada baik ataupun penderitaan, kita hanya boleh menganalisis perkara yang berlaku itu, membuat andaian, mencari jawapan serta mengambil pengajaran daripadanya. Begitupun ada juga ketikanya jawapan tersebut tidak dapat ditemui kerana hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui akan sebab nusabab kenapa sesuatu keadaan itu terjadi.

Ada kalanya setelah kita usaha dengan berdoa dan berikhtiar untuk mengeluarkan diri daripada sesuatu permasalahan tetapi kita masih lagi tidak berupaya untuk berbuat demikian. Maka kita mungkin memerlukan pihak ketiga yang tahu akan bagaimana cara yang terbaik untuk menangani sesuatu masalah yang kita hadapi.

Tidak semua masalah itu dapat diatasi dengan akal fikiran dan menggunakan kaedah jasmaniah. Ini kerana terdapat banyak perkara yang tersirat di muka bumi ini. Ada banyak rahsia di langit dan di bumi ini yang tidak kita ketahui. Ia mungkin tidak kelihatan pada mata kasar tetapi ianya wujud. Kalau kita lihat kitab Al-Quran juga memperlihatkan sesuatu yang tersurat dan yang tersirat.

Pertolongan pihak ketiga yang mengetahui kaedah alternatif boleh kita cari dan gunakannya sebagai salah satu lagi ikhtiar bagi tujuan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah itu.

Saya percaya untuk melakukan perubahan ia haruslah bermula dari hati kita sendiri. Seandainya pintu hati kita tertutup, memaksalah diri untuk membuka sedikit pintu hati kita dan saya percaya sekiranya sedikit cahaya dapat masuk maka lambat-laun cahaya yang bersifat Nuur itu bakal menjadi terang dengan keizinan Allah S.W.T

Memaksalah sebelum TERPAKSA
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...