7 Feb 2011

Kehidupan ini terlalu pendek

Kehidupan ini terlalu pendek untuk kita bergelumang dengan pelbagai masalah. Kalau kita berjumpa dengan orang yang berumur 50 tahun, dia akan menyatakan yang masa hidup ini terlalu cepat berlalu. Dia pasti akan menyatakan yang dia masih ingat lagi semasa umurnya 20 tahun dan betapa cepatnya masa berlalu.

50 tahun bukanlah masa yang lama, apa yang penting adalah untuk kita menghargai setiap waktu yang datang dalam kehidupan ini dengan sebaiknya supaya setiap waktu itu membawa makna.

Tidak perlu kita kesali apa yang telah berlalu kerana apa yang sudah berlalu telah menjadi kenangan dan sejarah silam hidup kita. Kita boleh mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku dan menyarankan kepada yang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita agar mereka tidak terjebak dengan kesilapan yang sama.

Kita semua harus percaya sekiranya masa boleh berpusing kembali kita pasti akan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza untuk mencapai kejayaan, tetapi inilah hakikat kehidupan, masa akan terus-terusan bergerak meninggalkan kita.
Kehidupan harus diteruskan selagi belum tiba ajal.
.............................................................................
renung-renungkanlah .......
Dalam penghidupan, pelbagai pengisian akan datang dan memasuki diri kita, apa yang pasti, jadikanlah kebaikan sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan, Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya, buka pintu hati, kita pasti akan memahami, terima kasih

2 comments:

  1. menarik!~ betol la..kehidupan ini terlalu singkat.. thanx sbb memperingati..

    ReplyDelete
  2. cahayamatakugembira.........terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...